Thursday 27 June 2013

Visa percuma untuk rakyat Malaysia ke Jepun



KUALA LUMPUR: Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik biasa dengan mikrocip tidak perlu mendapatkan visa untuk penginapan jangka pendek di Jepun.

Kedutaan Jepun, dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerajaan Jepun memperkenalkan langkah itu sebagai sebahagian daripada perayaan ulang tahun ke-40 persahabatan dan kerjasama Asean-Jepun.

"Perkembangan ini dijangka akan meningkatkan lagi pertukaran antara Jepun dan Malaysia dengan peningkatan kunjungan pelancong dari Malaysia ke Jepun dan peningkatan kemudahan dalam perniagaan antara kedua-dua negara," kata kenyataan itu.

"Rakyat Malaysia yang tidak memegang pasport biasa biometrik dengan mikrocip yang mematuhi ICAO akan kekal dan perlu mendapatkan visa," kata kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot