Tuesday 4 June 2013

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

KONSEP ALAM MELAYU
 - Jenis bangsa yang menjalankan tamadun tersebut bukan berdasarkan kepada anutan masyarakat sesuatu agama sebagaimana kewujudan tamadun islam.
- Tamadun Melayu bermakna tamadun kyang dimiliki oleh bangsa Melayu yang menduduki wilayah yang dikenali sebagai alam Melayu atau Kepulauan Melayu.
- Merangkumi satu rantau geografi yang meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, Selatan Thai, Selatan Filipina, Indo-China dan mencecah Kepulauan Pasifik di bahagian timur, Malagasi di Barat dan Taiwan di bahagian utara.

PANDANGAN SEMESTA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
- Ia beranggapan terhadap ala, samaada alam nyata atau ghaib.
- Konsep 'hukum alam' iaitu mereka berinteraksi dengan alam . Ia sungguh penting dalam kehidupan mereka iaitu "peng+alam+an". ini membolehkan manusia memahami persoalan kosmologi mereka.
-KEDATANGAN ISLAM ke Alam Melayu telah memantapkan pandangan semesta Melayu.
-Ayat suci Al-Quran saja menjelaskan rahsia tersembunyi dalam kejaidian alam semesta.
-Ia mengukuhkan keyakinan , ketakwaan dan ketauhidan mereka kepada Allah.
-Pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

KEDATANGAN ISLAM
-Sumatera telah menerima islam sejak abad ke-7 atau ke-8 masihi

3 teori :

  1. TANAH ARAB = 
-melalui hubungan perdagangan dengan Alam Melayu.
-menurut sumber China , orang Arab telahpun ada di sumatera pada abad ke 7masihi
-Khalifah Sulaiman bin Abd Malik telah menghantar amada sebanyak 35 buah kapal ke muara sabak di jambi.
-Khalifah al.Makmum berjajya mematahkan pemberontakkan Syiah Alawyyin yang dipimpim oleh Muhammad bin Jaafar al-Siddiq.
-mereka ini diperintahkan meninggalkan tanah arab pergi ke Asia tenggara.
-Syeikh Ismail mengembangkan Islam ke Barus, Lamri, Aru, Perlak dan Pasai.
-Maharaja Derbar(Raja Kedah) telah memeluk Islampada tahun 1136 Masihi dengan Syeikh Abdullah dari Yaman menguunakan nama Sultan Muzafar Shah.
-Pengislaman Raja Melaka dilakukan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Judah

  • INDIA
-Thoma Amold menyatakan persamaan mazhab antara masyarakat Asia Tenggara dengan Masyarakat Malabar membuktikan Islam dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar.
-S.Q Fatimi menyatakan bahawa Sultan Malikul Salih yang menjadi raja pertama Pasai merupakan seorang pedagang India berketurunan Benggali

  • CHINA DAN CHAMPA
-Islam telah datang sejak zaman pemerintahan Dinasti Pang sekitar tahun 650 Masihi. 

  • FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
Perlumbaan penyebaran agama
-persaingan menyebarkan agama islam dan kristian

Perkahwinan
-perkahwinan antarakalangan  pedagang dan ulama Islam dan wanita-wanita tempatan

Perdangangan 
-Hadharamaut Yaman merupakan pedagang yang turut menjalankan aktiviti menyebarkan Islam

Politik dan Penaklukan
-Penguasaan Melaka ke atas beberapa kawasan di semenanjung Tanah Melayu seperti Perak, Pahang dan sebagainya membawa kepada tersebarnya Islam 

Peranan Ahli sufi
-Pendawah yang juga kebanyakannya merupakan ahli sufi menjalankan usaha penyebaran islam dan telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kerajaan-kerajaan Islam Melaka.

  • KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU
-Pusat-pusat kerajaan Melayu yang penting adalah tersebar dari selatan Thai, Sumatera, Jawa, Semenanjung  Malaysia, Kepulauan Borneo hinggalah ke Filipina seperti Srivijaya Majapahit, Silendra, Mataram, Bali, Langkasuka, Kedah Tua, Gangga Negara, Folo-an dan Lain-lain,

pusat tamadun melayu islam
  1. Perlak
  2. Samudera-Pasai
  3. Melaka
  4. Aceh
  5. Patani
  6. Campa
pusat islam di jawa
  1. Gersik
  2. Giri
  3. Demak
  4. Panjang.


No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot