Saturday 15 June 2013

Aku Berzina Wahai Rasulullah

                                          
Kisah Ma'iz Bin Malik

Ma'iz berjumpa Hazal .. Ya Hazal aku telah melakukan perkara yang keji lagi terkutuk, apa yang perlu aku lakukan Hazal .. Hazal berkata wahai Ma'iz, datanglah kepada Rasulullah dan beritahulah kepada Rasulullah SAW apa yang telah engkau lakukan itu.

Lalu Ma'iz pergi berjumpa Rasulullah .. Ya Rasulullah .. aku berzina wahai Rasulullah .. Bersihkan aku Rasulullah, Lakukanlah hukuman yang telah disyariatkan kepada aku .. Rasulullah berpaling dan bagi isyarat sambil berkata wahai Ma'iz baliklah engkau .. Ma'iz datang lagi kepada Rasulullah .. Ya Rasulullah aku berzina bersihkan aku.. Rasulullah menjawab mungkin kau hanya berciuman sahaja Ma'iz .. Ma'iz jawab aku berzina, wahai Rasulullah .. Rasulullah menjawab mungkin kau hanya bersentuhan Ma'iz .. Ma'iz menjawab aku berzina, wahai Rasulullah .. Rasulullah berkata baliklah la engkau Ma'iz .. sehingga kali keempat Ma'iz datang berjumpa Rasulullah dan menyatakan Ya Rasulullah, aku berzina bersihkan aku.. Rasulullah bertanya wahai Ma'iz dengan siapa engkau lakukan?? Ma'iz menjawab dengan fulanah.. adakah engkau berjimak dengannya ?? jawab Ma'iz ya .. bertanya lagi adakah kau mengaulinya ?? ya jawab Ma'iz ..

Rasulullah mendapatkan kepastian terhadap perlakuaan zina itu, baginda bertanya: adakah kau ni gila? menjawab Ma'iz: tak ya Rasulullah. Berkata lagi: Kau berzina dengan orang yang sudah berkahwin? menjawab Ma'iz: ya. lalu baginda menuju kepada kaumnya untuk bertanya tentang keadaan Ma'iz. “Apakah kalian tahu bahwa pada akalnya Ma’iz ada sesuatu yang tidak kena dan bermasalah?” mereka menjawab, “Kami tidak yakin jika Ma’iz terganggu fikirannya, setahu kami dia adalah orang yang baik dan masih sihatt akalnya.” Maka nabi SAW pun mengarahkan: pergilah kamu semua bersama-sama dengan Ma'iz ke Baqi' untuyk dijalankan rejaman dengan batu ke atas Ma'iz.

Sewaktu Ma'iz merasa sakit dengan rejaman batu itu, dia cuba keluar dan melarikan diri di atas kesakitan tersebut, tetapi sebahagian sahabat kejar untuk mendapatkan Ma'iz bagi meneruskan rejaman sehinggalah dia mati. Berita ini telah sampai dalam pengetahuan baginda, lalu berkata: tidakkah kau membiarkan Ma'iz melarikan diri, moga-moga dia bertaubat. 

Kemudian baginda berkata kepada Hazal: Demi Allah ya Hazal, Kalau kau menyembunyikan apa yang engkau tahu tentang Ma'iz, itu adalah lebih baik terhadap apa yang kau telah cadangkan kepadanya (Ma'iz) untuk bertemu denganku mengakui kepadaku.

Pada waktu itu, terdapatlah 2 puak, yang pertama berkata: binasalah Maiz dengan dengan kesalahan yang dia lakukan. Puak kedua berkata: Tiada Taubat yang lebih afdhal daripada taubat Ma'iz. Sesungguhnya Ma'iz telah datang kepada Rasulullah SAW dan meletakkan tangannya ke atas tangan Rasulullah sambil berkata: Kau bunuhlah aku dengan rejaman batu.

Berlalulah hari, nabi SAW telah datangi kepada mereka sedang mereka semuanya dalam keadaan duduk. Maka baginda membri salam dan terus duduk Baginda berkata: Pintalan keampunan bagi Ma'iz b Malik. Maka mereka berkata: Semoga Allah mengampuni Ma'iz. Baginda berkata: Sesungguhnya Mai'z telah bertaubat (ketika datang menemui Rasulullah ketika meletakkan tangannya ke atas tangan baginda SAW) dengan sebanar-benar taubat. Kalaulah dibahagi-bahagikan taubat yang dipinta Mai'z itu kepada semua umat, pasti taubat itu meliputi semua umat.

Nabi kata siapa yang tutup aib orang muslim Allah tutup aib dia dunia dan akhirat (termasuk muslim itu dirinya sendiri) .. islam suruh tutup keaiban diri.. islam suruh baiki diri bila-bila masa .. Islam tak suruh buat pengakuan untuk cerita keaiban .. Allah buka pintu keampunan .. seluas-luas pintu adalah pintu taubat .. jika dosa itu sampai ke langit banyaknya dosa itu mohonlah keampunan .. Allah ampunkan .. 

assalamualaikum ..

No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot