Sunday 30 June 2013

Sudah tertulis yang ia Jodoh awak



Ini adalah sinopsis sebuah cerita yang ditulis oleh seorang sahabat. Bagaimana erti cinta, bagaimana pengorbanan seorang lelaki terhadap perempuan, bagaimana perjalanan cintannya dan jika dia di kutub utara n satu lagi di kutub selatan jika da jodoh tak kemana, ketemu jua.. sudah tertulis yang ia jodoh awak.. walaupun naik roket pergi ke bulan akan turun juga jika itu ketentuan Ilahi.. bersyukur dan redha ..



Mengisahkan tentang Shareez yang sering bernasib malang dalam percintaan. Remaja tersebut sering gagal dalam usahanya mencari seorang teman hidup kerana dia seorang yang pemalu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Dalam pencarian teman hidupnya yang sejati, dia telah dipertemukan oleh yang maha esa dengan seorang gadis yang bernama Siti Hajar yang belajar di universiti yang sama dan kebetulan dari fakulti yang sama juga. Shareez merasakan bahawa Siti Hajar adalah cinta sejatinya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Shareez untuk menambat hati gadis tersebut secara senyap tanpa ingin diketahui oleh kawan-kawannya. Suatu kesukaran bagi Shareez untuk menambat hati Siti Hajar agar menerimanya, namun Shareez tetap nekad untuk membuktikan bahawa dia serius menyukai gadis tesebut dan tidak ingin gagal lagi dalam kisah cintanya.

Shareez merancang satu kejutan sempena hari lahir Siti Hajar pada 1 Oktober yang akan tiba 3 hari lagi walaupun dia tahu kemungkinan untuk bejaya memikat hati Siti Hajar adalah sangat tipis. Namun, Shareez nekad untuk menjayakan rancangannya untuk membuktikan bahawa dia telah berusaha sedaya upaya untuk mengetepikan sifat pemalu dan kurang keyakinan dirinya untuk menambat hati gadis pujaannya. Suatu kebetulan yang mengagumkan bagi Shareez kerana hari lahirnya adalah pada 30 September dan Siti Hajar juga dilahirkan pada tahun yang sama dengannya. Bagi Shareez, itulah “jodoh”. Tapi malangnya nasib Shareez pada hari lahirnya sendiri, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya selepas membeli barang-barang persiapan dan kek sempena kejutan hari lahir Siti Hajar pada keesokan harinya, dia ditimpa kemalangan jalan raya.

Shareez terlantar koma di hospital akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala. Siti Hajar menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa Shareez sehingga menyebabkan Shareez koma. Setelah mengetahui cerita disebalik kemalangan yang berlaku daripada kawan-kawan Shareez, Siti Hajar merasa terharu atas usaha Shareez. Siti Hajar merasa bersalah atas perkara yang telah berlaku, mulai dari hari tersebut Siti Hajar sering melawat Shareez di hospital ketika ada masa terluang. Setelah hampir dua bulan terlantar koma, doktor yang bertugas memeriksa keadaan Shareez memberi berita gembira bahawa dia akan sedar dalam beberapa hari lagi, berita tersebut membuatkan Siti Hajar merasa lega dan gembira.

Pada hari Shareez mulai sedar dari keadaan koma, kawan-kawannya berada disisinya tapi Siti Hajar tidak muncul pada saat itu. Shareez yang tersedar dari koma tidak mengenali mana-mana kawan yang berada di sisinya ketika itu, doktor mengesahkan bahawa dia hilang ingatan akibat kecederaan kepalanya. Kawan-kawan Shareez yang hendak balik terserempak Siti Hajar di pintu masuk hospital memberitahunya tentang khabar gembira dan khabar buruk mengenai Shareez. Siti Hajar membatalkan niatnya untuk melawat Shareez dan meminta agar kawan-kawannya merahsiakan tentang perasaan Shareez terhadapnya sebelum ini. Kawan kepada Shareez berstuju dengan permintaan Siti Hajar untuk merahsiakan perkara tesebut dengan menyatakan bahawa Shareez ditimpa kemalangan semasa dalam pejalanan ke kampus dengan tujuan agar Shareez tidak terlalu memikirkan tentang perkara yang telah berlaku sehingga menyusahkan diri untuk insan lain yang tidak menghargainya.

Shareez yang telah sedar dari koma menjalankan kehidupan normalnya sebagai pelajar tanpa terfikir tentang perempuan yang disukainya sebelum ini. Dua minggu berlalu setelah sekembalinya Shareez ke kampus, dia telah terserempak semula dengan Siti Hajar, tapi malangnya ingatannya tentang Siti Hajar tetap tidak kembali. Shareez menyedari cara Siti Hajar memandangnya agak menghairankan, namun Shareez tidak ingin terlalu memikirkannya. Siti Hajar memandangnya dengan niat memastikan bahawa Shareez telah sembuh. Siti Hajar lega dan gembira kerana melihat Shareez telah meneruskan kehidupannya seperti biasa. Sejak dari hari itu, Shareez sering terserempak dengan Siti Hajar walaupun pada masa yang sama Siti Hajar tetap berlakon seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka berdua.

Namun, pertemuan yang kerap terjadi dengan Siti Hajar tanpa disangka telah membuahkan suatu perasaan cinta dalam diri Shareez. Dengan mengatur langkah sedikit demi sedikit, Shareez cuba mendekati Siti Hajar untuk bertanya siapakah nama dan mengenali latar belakangnya. Siti Hajar cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada Shareez sehingga membuatkan Shareez bertambah hairan dengan reaksi Siti Hajar terhadapnya. Tanpa banyak berfikir, Shareez terus berusaha menambat hati gadis pujaannya kerana merasakan bahawa Siti Hajar adalah pilihan hatinya sebagai teman hidupnya. Shareez meminta pertolongan daripada kawan-kawannya dengan harapan dia akan berjaya.

Setelah kawan kepada Shareez mengetahui bahawa dia telah terpikat pada seorang gadis, mereka berasa gembira bagi pihak Shareez tanpa mengetahui siapa gadis tersebut. Ini kerana Shareez amat terkenal dengan sifat suka menyimpan rahsia. Tapi terdapat suatu perubahan yang amat ketara pada diri Shareez adalah sifat malu dan kurang yakin pada diri bagaikan telah terhakis sama sekali setelah dia ditimpa kemalangan. Shareez menceritakan segala perkara yang dia tahu mengenai Siti Hajar dengan nada teruja kepada kawan-kawannya. Pada keesokan harinya Shareez menunjukkkan kepada kawan-kawannya si gadis yang bejaya mencuri hatinya ketika mereka hendak pergi menghadiri kuliah di fakulti. Kawan-kawannya terkejut setelah mengetahui siapakah gadis yang dimaksudkan dan mereka saling memandang antara satu sama lain tetapi hanya mampu terdiam. Kawan-kawannya merasa serba salah untuk menolongnya kerana takut Shareez akan kecewa lagi.

Shareez dapat merasakan bahawa kawan-kawannya agak keberatan untuk membantunya mencari peluang bertemu Siti Hajar dan meluahkan perasaanya dan juga pada masa yang sama ingin melamarnya sebagai tunang, lalu Shareez nekad untuk bertindak sendiri. Shareez sempat memberitahu kawan-kawannya tentang hasratnya itu dan bercerita secara ringkas tentang rancangannya. Shareez telah merancang dengan teliti masa dan tempat yang sesuai untuknya berjumpa dengan Siti Hajar. Shareez telah menulis satu nota yang menyatakan hasratnya untuk bertemu Siti Hajar pada dua hari berikutnya di sebuah restoran, nota tersebut disampaikan kepada Siti Hajar oleh salah seorang kenalan gadis tersebut. Siti Hajar merasa cemas memikirkan perkara silam yang terjadi sebelum ini berulang semula disebabkan perasaan cinta Shareez terhadapnya.

Sejurus selepas menerima nota tersebut, Siti Hajar berusaha mencari Shareez kerana tarikh yang dinyatakan kian tiba. Siti Hajar terjumpa Shareez di depan sebuah kedai yang menjual cincin. Siti Hajar dengan perasaan yang bercampur baur menampar pipi Shareez dan mula menampakkan air muka yang sedih sambil bertanya dengan nada yang sayu “adakah awak dah gila?”. Siti Hajar mulamenitiskan air mata apabila terpandang satu bekas cincin dalam genggaman Shareez. Shareez hanya tunduk dan menjawab dengan nada perlahan “saya sukakan awak”. Siti Hajar tersedu-sedu mendengar jawapan dari Shareez dan mengajaknya berjalan ke arah sebuah taman berhampiran sambil menceritakan perkara yang telah berlaku antara mereka sebelum kemalangan menimpa Shareez.

Setelah selesai bercerita kepada Shareez, Siti Hajar berhenti melangkah dan menyatakan bahawa dia juga sering dikecewakan dan serik untuk bercinta. Siti Hajar juga nenyatakan bahawa dia rasa bersalah atas apa yang telah menimpa Shareez. Shareez hanya terdiam dan duduk di bangku berhampiran sambil ditemani Siti Hajar yang duduk di depannya. Dengan tenang, Shareez berkata, “Semuanya telah terjadi dan manusia tidak mampu mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan lalu, inilah takdir hidup saya yang telah ditentukan tuhan. Pertemuan dan rasa cinta terhadap awak untuk kali kedua ini juga adalah ketentuan tuhan”. Shareez membuka genggaman tangan kanannya yang berisi bekas cincin yang memuatkan sepasang cincin dan melamar Siti Hajar menjadi tunangnya.



Siti Hajar yang terharu dengan keikhlasan Shareez akhirnya menerima lamaran tersebut dan mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan setelah mereka berdua tamat pengajian. Shareez juga berkata kepada Siti Hajar bahawa jika ingatannya kembali pulih sekalipun dan mengingati perkara sebelum kemalangan berlaku, dia akan tetap menerimanya dan menganggap ia sebagai suatu kenangan manis yang berharga kerana dia tidak pernah mencintai gadis lain seperti dia mencintai Siti Hajar. Siti Hajar hanya tersenyum sambil berkata “Saya akan jaga awak sebaiknya seperti saya jaga awak semasa awak terlantar koma dulu”.

.....


No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot