Friday 28 June 2013

Apa yang perempuan Tak suka tentang lelaki


                                        

Banyak perkara perempuan tidak suka tentang lelaki. Bila seorang perempuan bersama dengan seorang lelaki, seorang lelaki itu perlu menjaga percakapan dan perbuatannya terhadap perempuan. susah nak jaga hati perempuan ini agar tidak menyinggung atau terasa hati, sekali perempuan itu terasa hati susah nak pujuk hati seorang perempuan ini.  Lelaki memang sentiasa perlu menjaga hati seorang perempuan.

Perempuan tidak suka lelaki yang penipu. Bahagian tipu ini bukan sahaja perempuan yang tidak suka malah lelaki pun tidak suka, siapa suka bila ditipu. Bila lelaki kata-kata lelaki atau percakapannya seakan-akan benar dan membuat seorang perempuan itu percaya hati seorang perempuan memang da terbuka untuk lelaki tersebut kerana perempuan menggap lelaki itu jujur, tetapi bila da kantoi yang lelaki itu tipu memang bye-bye .. dan tetapi selalunya seorang perempuan akan terima balik lelaki ini .. Lembut hati perempuan.

Perempuan tidak suka lelaki yang malas. Bila seorang lelaki itu da malas nak taip mesej pun malas ini belum bab mencari rezeki. Perempuan akan fikir jika begini malasnya bagaimana nak cari rezeki untuk keluarga dan biloa melakukan sesuatu kerja mesti perempuan yang rapat dengan lelaki itu juga yang kena.

Perempuan tidak suka lelaki abaikan mereka. Lelaki perlu mengambil berat tentang perempuan itu membuatkan mereka suka. Bila lelaki da berhenti mengambil berat tentang seorang perempuan. Perempuan itu akan berasa seperti diabaikan dan ini akan membuatkan mereka berfikir yang lelaki itu tidak mengambil tahu tentang mereka dan akan lupakan lelaki tersebut. Lelaki perlu tegur perempuan selalu ini membuatkan mereka terasa seperti tidak diabaikan.

Perempuan tidak suka lelaki merokok. Tetapi majoriti lelaki merokok. bila bersama dengan seorang perempuan hari-hari perempuan akan pesan jangan merokok dan akan tanya da berhenti merokok. Kebiasaanya lelaki seperti ini akan menjawab tidak merokok da sudah berhenti. Tetapi perempuan masih bersama lelaki merokok walaupun di mulut tidak suka lelaki merokok.

Perempuan tidak suka lelaki yang gatai or main kayu tiga(playboy). siapa suka bila orang menduakan perasaan orang mesti seseorang itu akan rasa sakit hati. Bila da seseorang itu milik kita ia mengatai dengan orang lain akan lahir perasaan cemburu. senterusnya sakitnya di hati akan terasa.

Perempuan tidak suka lelaki cakap berkias-kias. bila nak bercakap dengan seorang perempuan tidak perlu berpantun atau berkias. ini kerana perkara ini akan putar belitkan perasaan dan pemikiran mereka. Perempuan suka lelaki yang berterus-terang. jika suka terus cakap sukaa. jika tidak suka terus cakaptidak suka.

Perempuan tidak suka lelaki yang kuat mengongkong. Perkara ini akan membuatkan seorang perempuan terasa seperti didalam sangkar yang tidak boleh bebas. Kadangkala perempuan ini seperti burung yang ingin hidup bebas seperti orang lain, bukan nak lakukan sesuatu semua perlu dikawal oleh lelaki.

Perempuan tidak suka lelaki kuat marah. ini akan membuatkan mereka berasa takut untuk bersama lelaki seperti ini. hendak lakukan apa-apa perkara mesti akan takut kena marah. Hal ini akan membuatkan perempuan berada dalam keadaan ketakutan.

Perempuan tidak suka lelaki yang pentingkan diri. Bila dalam satu situasi perempuan mengharapkan seorang lelaki ini mengalah . Namun dan tetapi bila seorang lelaki suka pentingkan diri dia tidak akan mengalah hanya akan pentingkan dirinya untuk mempertahankan kenyataanya bahawa ia betul. kadang-kadang perlu mengalah walaupun benda itu betul.

Perempuan tidak suka lelaki yang berlagak. Perempuan akan mengelar lelaki ini bajet n segala bajet. perempuan tak suka sebenarnya seorang lelaki tunuk hero depan perempuan nampak sangat berlagaknya nanti. dan tidak perlu nak bajet macho dan hot itu bukan perkara yang dapat tarik hati perempuan .

Yang penting...

Perempuan tidak suka lelaki tiada pegangan agama. Jika seorang lelaki tiada pegangan agama jangan harap seorang perempuan itu nak terima. Agama itu penting untuk menentukan akhlaknyabaik budinya seorang lelaki. Jika tak mampu jadi Imam pada diri sendiri bagaimana nak jadi Imam pada makmum yang bergelar perempuan.


No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot