Saturday 8 June 2013
NUMBER TELEFON BIMBIT 0888-888-888 NUMBER MAUT
-unknown-
Nombor Telefon Maut
APA kaitan nombor telefon dan ajal? Mungkin tidak bagi kita, tetapi inilah yang berlaku di Bulgaria apabila nombor telefon bimbit 0888-888-888 dilabelkan sebagai nombor maut sehingga memaksa sebuah syarikat telekomunikasi membatalkan pendaftarannya nombor berkenaan.
Kisah benar yang turut dimuatkan dalam laporan akhbar antarabangsa itu, mengaitkan tiga kematian individu yang juga pemilik nombor itu dalam masa 10 tahun. Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Bulgaria yang mengeluarkan nombor berkenaan, Mobitel, meninggal dunia pada tahun 2001 akibat barah pada usia 48 tahun.
Ada khabar angin lain yang menyatakan barah dihidapi Grashnov adalah disebabkan keracunan radioaktif. Namun, kematian dua pemilik lain nombor berkenaan mencetuskan misteri yang agak menggerunkan.
Selepas kematian Grashnov, nombor itu digunakan pula ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov. Ibarat satu sumpahan atau mungkin secara kebetulan, Dimitrov pula ditembak mati pada 2003 oleh penembak upahan di Amsterdam, Belanda. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan memeriksa empayar penyeludupan dadah yang bernilai kira-kira £500 juta (RM2.3 bilion).
Dimitrov, yang baru berusia 31 tahun ketika itu, turut membawa bersama telefon bimbit berkenaan apabila ditembak ketika keluar makan dengan seorang model. Pembunuhan itu dikatakan didalangi bom mafia Russia yang cemburukan operasi penyeludupan dadah Dimitrov.
Tidak lama kemudian, nombor 0888-888-888 diberikan kepada ahli perniagaan yang juga samseng, Konstantin Dishliev. Malangnya, beliau juga ditembak mati di luar sebuah restoran India di Sofia, selepas menggunakan talian yang dianggap membawa malang itu.
Dishliev, seorang ejen hartanah, menjalankan operasi penyeludupan kokain besar-besaran secara rahsia sebelum pembunuhannya pada tahun 2005.
Beliau meninggal dunia selepas dadah bernilai £130 juta (RM624 juta) dipintas oleh polis dalam perjalanan ke Bulgaria dari Colombia.
Sejak itu, nombor berkenaan tidak diaktifkan ketika polis membiarkan fail mengenai pembunuhan Dishliev dan rangkaian penyeludupannya terus dibuka.
Bagaimanapun, ketua baru syarikat telekomunikasi berkenaan bertindak membatalkan nombor berkenaan selama-lamanya.
Jurucakap Mobitel pula sekadar berkata: “Kami tidak mempunyai sebarang komen. Kami tidak membincangkan nombor individu.”
Hakikatnya, keanehan atau misteri yang menyelubungi penggunaan telefon bimbit sebenarnya sudah berlaku sejak awal lagi apabila keluarga salah seorang mangsa nahas kereta api Metrolink kerap menerima panggilan daripada telefon bimbitnya.
Chuck Peck, adalah salah seorang daripada 25 mangsa yang maut dalam nahas pada 12 September 2008 itu. Sejak tragedi itu, keluarganya menerima panggilan yang dibuat daripada telefon bimbit Peck tetapi tiada suara yang kedengaran.
Sepanjang malam kejadian, anak lelaki, saudara lelaki, ibu tiri dan saudara perempuan serta tunang Peck menerima panggilan telefon selepas kemalangan itu dilaporkan. Anak lelaki Peck, CJ, percaya ayahnya masih hidup dan cuba menghubungi mereka.wpt
Beliau terus menjerit: “Kami sayangkan ayah. Bertahan. Mereka akan selamatkan ayah.”
Panggilan terhenti pada jam 3.28 pagi dan tiada seorang pun anggota keluarga Peck menerima sebarang panggilan. Sejam kemudian, pasukan bomba Los Angeles menemui mayat Peck. Pegawai koroner berkata, beliau mati serta merta sejurus kemalangan.
Mungkinkah ia panggilan dari dunia lain? Atau sekadar teknologi yang mengalami masalah? Jawapan itu masih belum ditemui sehingga kini walaupun fenomena ‘panggilan daripada orang mati’ sudah menjadi satu cerita legenda.
-INGAT kepercayaan yang mengarut itu boleh membawa kepada khurafat-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
arkid tulisan buruk moshibot
-
▼
2013
(155)
-
▼
June
(66)
- Kenapa perempuan suka merajuk
- Sudah tertulis yang ia Jodoh awak
- Setiap manusia mempunyai 3 wajah yang berbeza
- Kenapa lelaki Suka buat perkara yang Perempuan tid...
- Apa yang perempuan Tak suka tentang lelaki
- Adriana Lima memperagakan Bra 2 juta USD
- brilliant Fotografi contoh gambar manipulasi
- Design Pelik Rumah Terbalik
- Qi Razali dan Nelydia Senrose berseronok Di Langkawi
- Pencuri Bra
- muka hampir-hampir pecah kena bola golf
- Rumah Transparent di Tokyo
- Apartment burung
- Amazing Place, tempat yang Kita ingat tak wujud te...
- Subhaballah seni alam..
- Seni potret Kentang (mrs.Potato)
- Hacker tinggalkan mesej di wedsite Eu Yan Sang's (...
- 11 FOTO cara orang gila parking kereta
- Visa percuma untuk rakyat Malaysia ke Jepun
- Facefood not facebook
- Penjuru Dunia
- 21 Objek atau Benda yang Senyum and Happy sepanjan...
- Seorang Penyelam hampir ditelan BigFish
- Bagaimana Dinosour terjadi .. (Proses)
- Tolak Syiah
- Key of Kaabah
- Aku Berzina Wahai Rasulullah
- The Best Photo at Panorama Langkawi Cable Car
- The Evolution of Superman 'S'
- Sebuah Kuasa Yang Dikeluarkan Penyelam
- Konsep kereta yang boleh kita ubahsuai atau design...
- Puteri Disney yang sebenar (Disney)
- Gangsters Korea da masuk Malaysia
- Jin Pun Ada Akaun Twitter
- Akhbar Malaysia menipu lagi
- Bayi lahir dengan 300 tulang apabila dewasa 94 tul...
- FAKTA Dolphins tidur dengan sebelah mata terbuka
- 5 Daripada Universiti Malaysia Tersenarai dalam te...
- Susu Kambing Jantan (goys)
- 5 Kapal Layar termahal di dunia
- 10 kereta termahal di dunia (exclusive)
- Foto Terbaru Kumpulan Orang Asli Amazon Ditemui!
- FENOMENA JUTAAN SEKUMPULAN IKAN BERKUMPUL DI PERSI...
- NUMBER TELEFON BIMBIT 0888-888-888 NUMBER MAUT
- GAMBAR CARA KEJAM LUPUSKAN MAYAT
- RINGAN TAPI BERAT DI TIMBANGAN
- KAIN BATIK DI SIDAI TENGAH BELANTARA
- KISAH AL-HIN MAKHLUK YANG WUJUD SEBELUM ADAM A.S
- NORA DANISH IDAMKAN MAJLIS PERKAHWINAN KEDUA MACAM...
- Cerita di sebalik gambar viral
- Jangan tanya di mana aku solat, kerana solat aku t...
- KENAPA MALAM JUMAAT DIKAITKAN DENGAN HANTU ...???
- Berpuluh ribu orang jerman masuk Islam
- GADIS RUSSIA
- LANGKAWI AWESOME
- ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU
- Eiffel Tower in Paris
- Allahyarham S.Samsudin passed away this morning. N...
- JOM TINGKATKAN TRAFIK BLOG ANDA ( TIPS BLOGGER )
- gambar dia masih aku simpan
- MENERIMA JAWAPAN SESEORANG DENGAN PERASAAN ATAU MI...
- TODAY TRENDING
- Legend : Tribute Persaraan Legend Bola Sepak Engla...
- [5 Gambar] Anzalna Bersama Bekas Kekasihnya ‘Mat S...
- Artis Indonesia Tak Pakai Coli Di Red Karpet- | My...
- HOT SEARCHES (Friday, 31 May 2013)
-
▼
June
(66)
No comments:
Post a Comment