Saturday 8 June 2013

KAIN BATIK DI SIDAI TENGAH BELANTARA





-unknown-
Sumber : Blog

Pagi itu. aku bangun awal. jam 5. sejuk betul. walau dah 3 lapis baju aku pakai. Still sejuk! Bangun dan aku hidupkan api. untuk wanita2 masak dan aku berjalan ke gigi air sungai. Agak jauh juga. Aku dan 4 orang kawan nak mandi. Kira2 5.40am baru selesai. Banyak bersembang sebab terhenti2 sebab sejuk kot mandi air sungai!

Selepas Subuh, kami brekfast dan briefing untuk aktiviti hari ini.
Jam 8am water confident. Kira2 jam 2pm baru selesai, badan memang penat tapi best. Terasa pening2 sebab di pukul arus deras
ape tak nya, aku buat water rafting .

Baring dalam khemah dan tiba tiba. EF.berdiri di depan khemah aku.
Terkejut. dan EF ketawa.

"jom ikut saya tengok jerat."
aku hanya angguk.Kerana memang aku dah berjanji dengan EF sejak dari fakulti nak belajar menjerat.

Kira2 30minit kami berjalan menuju ke dalam tengah hutan. dari tapak basecamp dan apa yang menghairankan keadaan ketika itu senyap sunyi takde bunyi riang2 dan cengkerik etc.

Pelik, dan EF seakan2 paham apa yang aku rasa.

Hampa, jerat tak mengena. Kata EF. jam 7 tadi dia dah pasang.

"takpa. tengok petang nanti" kata EF

Aku dan EF berpatah balik dan tiba tiba, jalan yang sama.

Mata kami tertancap pada satu dahan pokok. Bersusun kain batik!
Seperti di sidai! Dan yang menghairankan aku, kain itu seakan2 baru di basuh. Nampak air2 menitik, dan berbau harum dan BUKAN BAU SABUN. Bau macam bunga tanjung!

Dan EF, aku dengar. mulutnya terkumat kamit! aku terpacul, Mula berzikir. Keadaan sunyi, padahal awal pagi lagi. matahari baru nak naik.

"Ada orang. Ini kampung dorang la ni...." ujar EF perlahan. Aku diam.

"Dah, jom kita" ujar EF

Kami berjalan melalui dahan pokok bersidai kain batik. Banyak. Hampir 10 helai, dan tiba2 telinga menangkap bunyi orang bercakap.
butir nya tidak dengar

Tetapi riuh rendah. dan aku lihat EF dah mula melajukan langkah
aku ap lagi. dah mula berlari2 anak.!

Sampai di base camp. Kami berpandangan antara satu sama lain. Memikirkan siapakah mereka.

No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot