Sunday 30 June 2013

Kenapa perempuan suka merajuk

                           

Perempuan bila disakiti dia tak marah tapi dia sedih dan masuk bilik menangis time macam ni dia akan cari someone untuk luahkan perasaan. Selalunya yang dicari sahabat baiknya dan lelaki. Lelaki perlu memahami keadaan ini. Melayan kerenah perempuan seperti melayan kerenah baby, manja, kadang-kadang gedik, mengada, kuat nangis dan kuat merajuk, tetapi itu comel sebenarnya.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab utamanya dia perlu perhatian lelaki agar pujuk mereka. Perempuan sentiasa inginkan perhatian daripada lelaki agar sentiasa amik berat tentang mereka. Perempuan nak lelaki sentiasa ada dengan dia sebab tu bila lelaki tak text perempuan. dia akan merajuk dan inginkan lelaki pujuk supaya tahu yang mereka sedang tertunggu-tunggu.

Kenapa perempuan suka merajuk. sebab hati perempuan ini lembut mudah terasa , sebab tu bila tersalah cakap sikit jea kadang-kadang perempuan akan terasa hati dan merajuk dan tugas lelaki nak pujuknya balik agar tidak merajuk. Sebab itu nak cakap dengan perempuan jangan tinggikan suara, nanti dia merajuk, jangan cakap bahasa yang kesat nanti dia merajuk. Cakap kata-kata yang manis itu membuat dia lebih suka.

Kenapa perempuan suka merajuk. sebab dia nak uji lelaki boleh tahan lama denggannya. Perempuan bila merajuk lelaki tak pujuk dia akan marah. Bila lelaki dah pujuk dia akan lagi merajuk. Lelaki kena anggap itu comel bukan beban. Kadang-kadang dia bukan nak uji lelaki tetapi dah itu sifatnya.

kenapa perempuan suka merajuk sebab nak manja-manja dengan lelakinya. Lelaki perlu memahami dan jangan terlalu amik sensitif tentang hal ini. Layan la dia dengan kesempatan yang ada itu dapat merapatkan lagi hubungan. Cara perempuan nak manja dengan lelaki dengan merajuknya.

Kenapa perempuan merajuk sebab dia jealous. Kadang perempuan taknak lelaki terlalu rapat dengan perempuan atau kawan perempuan lain itu boleh buat dia cemburu dan marah tiba-tiba merajuk. dan merajuk ini berpanjangan.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab nak tunjuk kecomelannya. Perempuan memang teserlah kecomelannya time ni. dia hanya akan tunjuk kepada lelaki dia jea bukan kepada orang lain. untunglah lelaki kerana dapat tengok kecomelannya time merajuk. Pernah tengok perempuan merajuk dengan orang yang dia tak kenal. tdak pernah sesekali. Perempuan akan merajuk first reaksi mukanya lain jarang lelaki dapat tengok dan mulutnya akan muncung, selepas itu masuk bilik berguling atas katil sambil peluk bantal dan nangis. kadang-kadang menangis sampai keluar hingus. itu adalah comel, Indahnya an jika seorang lelaki dapat bergelar suami kepada isterinya.

Bukan senang nak jaga hati seorang perempuan kejap-kejap dia marah tapi dia marah tak seperti marah tapi meluahkan perasaan, kejap-kejap dia manja dan tiba-tiba dia boleh merajuk. itulah perempuan.

Sudah tertulis yang ia Jodoh awak



Ini adalah sinopsis sebuah cerita yang ditulis oleh seorang sahabat. Bagaimana erti cinta, bagaimana pengorbanan seorang lelaki terhadap perempuan, bagaimana perjalanan cintannya dan jika dia di kutub utara n satu lagi di kutub selatan jika da jodoh tak kemana, ketemu jua.. sudah tertulis yang ia jodoh awak.. walaupun naik roket pergi ke bulan akan turun juga jika itu ketentuan Ilahi.. bersyukur dan redha ..



Mengisahkan tentang Shareez yang sering bernasib malang dalam percintaan. Remaja tersebut sering gagal dalam usahanya mencari seorang teman hidup kerana dia seorang yang pemalu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri. Dalam pencarian teman hidupnya yang sejati, dia telah dipertemukan oleh yang maha esa dengan seorang gadis yang bernama Siti Hajar yang belajar di universiti yang sama dan kebetulan dari fakulti yang sama juga. Shareez merasakan bahawa Siti Hajar adalah cinta sejatinya. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Shareez untuk menambat hati gadis tersebut secara senyap tanpa ingin diketahui oleh kawan-kawannya. Suatu kesukaran bagi Shareez untuk menambat hati Siti Hajar agar menerimanya, namun Shareez tetap nekad untuk membuktikan bahawa dia serius menyukai gadis tesebut dan tidak ingin gagal lagi dalam kisah cintanya.

Shareez merancang satu kejutan sempena hari lahir Siti Hajar pada 1 Oktober yang akan tiba 3 hari lagi walaupun dia tahu kemungkinan untuk bejaya memikat hati Siti Hajar adalah sangat tipis. Namun, Shareez nekad untuk menjayakan rancangannya untuk membuktikan bahawa dia telah berusaha sedaya upaya untuk mengetepikan sifat pemalu dan kurang keyakinan dirinya untuk menambat hati gadis pujaannya. Suatu kebetulan yang mengagumkan bagi Shareez kerana hari lahirnya adalah pada 30 September dan Siti Hajar juga dilahirkan pada tahun yang sama dengannya. Bagi Shareez, itulah “jodoh”. Tapi malangnya nasib Shareez pada hari lahirnya sendiri, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya selepas membeli barang-barang persiapan dan kek sempena kejutan hari lahir Siti Hajar pada keesokan harinya, dia ditimpa kemalangan jalan raya.

Shareez terlantar koma di hospital akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala. Siti Hajar menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa Shareez sehingga menyebabkan Shareez koma. Setelah mengetahui cerita disebalik kemalangan yang berlaku daripada kawan-kawan Shareez, Siti Hajar merasa terharu atas usaha Shareez. Siti Hajar merasa bersalah atas perkara yang telah berlaku, mulai dari hari tersebut Siti Hajar sering melawat Shareez di hospital ketika ada masa terluang. Setelah hampir dua bulan terlantar koma, doktor yang bertugas memeriksa keadaan Shareez memberi berita gembira bahawa dia akan sedar dalam beberapa hari lagi, berita tersebut membuatkan Siti Hajar merasa lega dan gembira.

Pada hari Shareez mulai sedar dari keadaan koma, kawan-kawannya berada disisinya tapi Siti Hajar tidak muncul pada saat itu. Shareez yang tersedar dari koma tidak mengenali mana-mana kawan yang berada di sisinya ketika itu, doktor mengesahkan bahawa dia hilang ingatan akibat kecederaan kepalanya. Kawan-kawan Shareez yang hendak balik terserempak Siti Hajar di pintu masuk hospital memberitahunya tentang khabar gembira dan khabar buruk mengenai Shareez. Siti Hajar membatalkan niatnya untuk melawat Shareez dan meminta agar kawan-kawannya merahsiakan tentang perasaan Shareez terhadapnya sebelum ini. Kawan kepada Shareez berstuju dengan permintaan Siti Hajar untuk merahsiakan perkara tesebut dengan menyatakan bahawa Shareez ditimpa kemalangan semasa dalam pejalanan ke kampus dengan tujuan agar Shareez tidak terlalu memikirkan tentang perkara yang telah berlaku sehingga menyusahkan diri untuk insan lain yang tidak menghargainya.

Shareez yang telah sedar dari koma menjalankan kehidupan normalnya sebagai pelajar tanpa terfikir tentang perempuan yang disukainya sebelum ini. Dua minggu berlalu setelah sekembalinya Shareez ke kampus, dia telah terserempak semula dengan Siti Hajar, tapi malangnya ingatannya tentang Siti Hajar tetap tidak kembali. Shareez menyedari cara Siti Hajar memandangnya agak menghairankan, namun Shareez tidak ingin terlalu memikirkannya. Siti Hajar memandangnya dengan niat memastikan bahawa Shareez telah sembuh. Siti Hajar lega dan gembira kerana melihat Shareez telah meneruskan kehidupannya seperti biasa. Sejak dari hari itu, Shareez sering terserempak dengan Siti Hajar walaupun pada masa yang sama Siti Hajar tetap berlakon seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka berdua.

Namun, pertemuan yang kerap terjadi dengan Siti Hajar tanpa disangka telah membuahkan suatu perasaan cinta dalam diri Shareez. Dengan mengatur langkah sedikit demi sedikit, Shareez cuba mendekati Siti Hajar untuk bertanya siapakah nama dan mengenali latar belakangnya. Siti Hajar cuba sedaya upaya menjauhkan diri daripada Shareez sehingga membuatkan Shareez bertambah hairan dengan reaksi Siti Hajar terhadapnya. Tanpa banyak berfikir, Shareez terus berusaha menambat hati gadis pujaannya kerana merasakan bahawa Siti Hajar adalah pilihan hatinya sebagai teman hidupnya. Shareez meminta pertolongan daripada kawan-kawannya dengan harapan dia akan berjaya.

Setelah kawan kepada Shareez mengetahui bahawa dia telah terpikat pada seorang gadis, mereka berasa gembira bagi pihak Shareez tanpa mengetahui siapa gadis tersebut. Ini kerana Shareez amat terkenal dengan sifat suka menyimpan rahsia. Tapi terdapat suatu perubahan yang amat ketara pada diri Shareez adalah sifat malu dan kurang yakin pada diri bagaikan telah terhakis sama sekali setelah dia ditimpa kemalangan. Shareez menceritakan segala perkara yang dia tahu mengenai Siti Hajar dengan nada teruja kepada kawan-kawannya. Pada keesokan harinya Shareez menunjukkkan kepada kawan-kawannya si gadis yang bejaya mencuri hatinya ketika mereka hendak pergi menghadiri kuliah di fakulti. Kawan-kawannya terkejut setelah mengetahui siapakah gadis yang dimaksudkan dan mereka saling memandang antara satu sama lain tetapi hanya mampu terdiam. Kawan-kawannya merasa serba salah untuk menolongnya kerana takut Shareez akan kecewa lagi.

Shareez dapat merasakan bahawa kawan-kawannya agak keberatan untuk membantunya mencari peluang bertemu Siti Hajar dan meluahkan perasaanya dan juga pada masa yang sama ingin melamarnya sebagai tunang, lalu Shareez nekad untuk bertindak sendiri. Shareez sempat memberitahu kawan-kawannya tentang hasratnya itu dan bercerita secara ringkas tentang rancangannya. Shareez telah merancang dengan teliti masa dan tempat yang sesuai untuknya berjumpa dengan Siti Hajar. Shareez telah menulis satu nota yang menyatakan hasratnya untuk bertemu Siti Hajar pada dua hari berikutnya di sebuah restoran, nota tersebut disampaikan kepada Siti Hajar oleh salah seorang kenalan gadis tersebut. Siti Hajar merasa cemas memikirkan perkara silam yang terjadi sebelum ini berulang semula disebabkan perasaan cinta Shareez terhadapnya.

Sejurus selepas menerima nota tersebut, Siti Hajar berusaha mencari Shareez kerana tarikh yang dinyatakan kian tiba. Siti Hajar terjumpa Shareez di depan sebuah kedai yang menjual cincin. Siti Hajar dengan perasaan yang bercampur baur menampar pipi Shareez dan mula menampakkan air muka yang sedih sambil bertanya dengan nada yang sayu “adakah awak dah gila?”. Siti Hajar mulamenitiskan air mata apabila terpandang satu bekas cincin dalam genggaman Shareez. Shareez hanya tunduk dan menjawab dengan nada perlahan “saya sukakan awak”. Siti Hajar tersedu-sedu mendengar jawapan dari Shareez dan mengajaknya berjalan ke arah sebuah taman berhampiran sambil menceritakan perkara yang telah berlaku antara mereka sebelum kemalangan menimpa Shareez.

Setelah selesai bercerita kepada Shareez, Siti Hajar berhenti melangkah dan menyatakan bahawa dia juga sering dikecewakan dan serik untuk bercinta. Siti Hajar juga nenyatakan bahawa dia rasa bersalah atas apa yang telah menimpa Shareez. Shareez hanya terdiam dan duduk di bangku berhampiran sambil ditemani Siti Hajar yang duduk di depannya. Dengan tenang, Shareez berkata, “Semuanya telah terjadi dan manusia tidak mampu mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan lalu, inilah takdir hidup saya yang telah ditentukan tuhan. Pertemuan dan rasa cinta terhadap awak untuk kali kedua ini juga adalah ketentuan tuhan”. Shareez membuka genggaman tangan kanannya yang berisi bekas cincin yang memuatkan sepasang cincin dan melamar Siti Hajar menjadi tunangnya.



Siti Hajar yang terharu dengan keikhlasan Shareez akhirnya menerima lamaran tersebut dan mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan setelah mereka berdua tamat pengajian. Shareez juga berkata kepada Siti Hajar bahawa jika ingatannya kembali pulih sekalipun dan mengingati perkara sebelum kemalangan berlaku, dia akan tetap menerimanya dan menganggap ia sebagai suatu kenangan manis yang berharga kerana dia tidak pernah mencintai gadis lain seperti dia mencintai Siti Hajar. Siti Hajar hanya tersenyum sambil berkata “Saya akan jaga awak sebaiknya seperti saya jaga awak semasa awak terlantar koma dulu”.

.....


Saturday 29 June 2013

Setiap manusia mempunyai 3 wajah yang berbeza

johnny depp

setiap manusia atau individu mempunyai 2 wajah dalam dirinya dan menjadikan 3 wajah termasuk wajah yang kita selalu tatap didepan cermin.. Hanya beberapa orang di dunia ini mempunyai 1 wajah dalam dirinya. iaitu wajah yang perfect. subhanaallah ciptaan yang maha esa cukup indah dan banyak persoalan supaya kita kaji dan mengetahui betapa agungnya ciptaan yang Maha Esa.

 Kajian symmentry ini telah dilakukan terhadap beberapa wajah dan dipercayai mempunyai 3 wajah yang berbeza dan dilakukan kepada wajah yang lain dipercayai mempunyai perbezaan dan mempunyai 3 wajah. Majoriti kajian symmentri terhadap wajah ini dilakukan ia mempunyai perbezaan dan setiap manusia itu mempunyai 3 wajah yang berbeza dalam seseorang individu, satu nama atau seorang manusia. Kajian ini juga telah dilakukan kepada celebriti dan ad celebriti yang mempunyai wajah yang perfect iaitu simentrinya sama. menjadiakan ia hanya mempunyai satu wajah dalam dirinya iaitu wajahnya .

Bagaimana ia dilakukan ?? . setiap wajah manusia ada symmentry nya ada bahagian kiri dan bahagian kanan.   bahagian kanan wajah adalah berlainan dan bahagian kiri wajah juga berbeza. ini boleh terjadi 3 wajah kerana bila kita amik wajah di bahagian kiri. kita hanya padankan dengan wajah kiri kita akan dapat satu wajah. Begitu juga wajah di bahagian kanan. kita amik bahagian kanan wajah kita padankan dengan bahagian kanan wajah kita akan dpat wajah yang berbeza dengan bahagian kiri . manakala wajah asal kekal dan menampakkan perbezaan wajah di bahagian kiri , kanan dan wajah asal.

simentri wajah ini hanya dilakukan pada wajah tidak pada rambut mahupun misai atau janggut di wajah.

ini adalah contoh foto wajah yang telah disimentri . wajah di tengah dalam setiap gambar adalah wajah asal . kiri adalah wajah kiri dan kanan adalah wajah kanan;

johnny depp
Johnny Depp

sarah jessica parker
Sarah Jessica Parker

gwyneth paltrow
Gwyneth Paltrow


justin bieber
justin bieber

ryan reynolds face flip
Ryan Relnold


lucy liu
lucy liu


face flip taylor swift
Taylor Swift

Brad Pit mempunyai 3 wajah yang sama dan kesimpulannya ia tidak mempunyai 3 wajah berbeza kir dan kanan wajahnya sama begitu juga Angelina Jolie.

face flip brad pitt


Website we love: symmeter.com

..............



anda boleh mencuba sendiri dan lihat wajah yang berbeza dalam diri anda ini adalah ilmu simentri dalam pada wajah belum kepada bahagian badan. sebuah bangunan atau tempat.

Kenapa lelaki Suka buat perkara yang Perempuan tidak suka

                                        

Lelaki ini pendirian dia kuat. Kaya dengan egonya, ada sebab mengapa lelaki begini terhadap perempuan. Lelaki dengan lelaki lain egonya, lain pendiriannya. tiada ego. sentiasa share dengan kawannya.

Kenapa lelaki suka buat perkara yang perempuan tidak suka. kenapa lelaki ego sedangkan perempuan tidak suka. Lelaki pun ada perasaan seperti perempuan tetapi lelaki tidak tunjuk seperti perempuan tentang perasaannya, bila lelaki sakit hati dia diam, bila lelaki ada masalah dia diam, bila lelaki inginkan wanita memahaminya dia diam tidak tahu buat apa-apa2.. ini ego lelaki yang perlu perempuan tahu. Bila perempuan cakap something dia tahu yang perkara itu salah dia tak bagitahu sebabnya dan hanya diam. lelaki akan tetap dengan pendirian dia tetapi perempuan cakap lelaki ego. lelaki rindu , sayang terhadap perempuan. tetapi tidak mengucapkannya kerana egonya. ada sebab dia lakukan begitu. di taknak awak bosan bila ungkapan sayang terlalu awal diungkapkan, dia taknak awak bosan dengan perkataan rindu bila hari-hari diungkapkan. dia tak sesuatu yang istimewa jadi biasa.
Perempuan suka bila lelaki yang send mesej dekat dia dahulu tetapi lelaki tidak suka send mesej dahulu, ini perkara perempuan yang tidak suka tetapi lelaki selalu lakukan. ada kaitan dengan ego lelaki juga. Perempuan nak lelaki amik berat tentangnya tetapi pada satu masa lelaki pun nak perempuan amik berat tentangnya. kedua-dua ego bila ego bertembung ego akan jadi pergaduhan. Ini akan jadi kes siapa yang perlu pujuk siapa. kebiasaanya lelaki yang mengalah. kenapa masih cakap lelaki egonya lebih tinggi dari perempuan sedangkan perempuan pun ada egonya.
kenapa lelaki suka cemburu terhadap perempuan. Perkara ini merupakan salah satu perkara yang perempuan tidak suka. Ini kerana perempuan tidak suka lelaki terlalu cemburu terhadap mereka. Ini kerana mereka ingin kebebasan. Ada sebab mengapa lelaki bersifat bergini dia tak seorang perempuan itu rapat dengan lelaki lain. walaupun kawan biasa. tetapi akan wujud satu perasaan mengingati iaitu rindu bila da timbul rindu satu perasaan akan timbul iaitu sayang. jika da sayang lelaki yang menghalang dia rapat dengan lelaki lain ini akan kehilangan sayangnya oleh perempuan itu. Lelaki sayang akan perempuan sebab itu dia halang dan nasihat kepada perempuan tentang ini. Lelaki sayang akan perempuan sebab itu dia tak nak mereka terlalu rapat takut perempuan itu jatuh cinta dengan orang lain. Lelaki paling takut perempuan hilang dan tinggalkan dia sebab itu dia jaga. tetapi egonya yang membuatkan perempuan tidak tahu. Ingatlah lelaki yang tidak menghalang perempuan bersama dengan orang lain mungkin lelaki pun tidak mahu perempuan halang lelaki bersama dengan perempuan lain.

Friday 28 June 2013

Apa yang perempuan Tak suka tentang lelaki


                                        

Banyak perkara perempuan tidak suka tentang lelaki. Bila seorang perempuan bersama dengan seorang lelaki, seorang lelaki itu perlu menjaga percakapan dan perbuatannya terhadap perempuan. susah nak jaga hati perempuan ini agar tidak menyinggung atau terasa hati, sekali perempuan itu terasa hati susah nak pujuk hati seorang perempuan ini.  Lelaki memang sentiasa perlu menjaga hati seorang perempuan.

Perempuan tidak suka lelaki yang penipu. Bahagian tipu ini bukan sahaja perempuan yang tidak suka malah lelaki pun tidak suka, siapa suka bila ditipu. Bila lelaki kata-kata lelaki atau percakapannya seakan-akan benar dan membuat seorang perempuan itu percaya hati seorang perempuan memang da terbuka untuk lelaki tersebut kerana perempuan menggap lelaki itu jujur, tetapi bila da kantoi yang lelaki itu tipu memang bye-bye .. dan tetapi selalunya seorang perempuan akan terima balik lelaki ini .. Lembut hati perempuan.

Perempuan tidak suka lelaki yang malas. Bila seorang lelaki itu da malas nak taip mesej pun malas ini belum bab mencari rezeki. Perempuan akan fikir jika begini malasnya bagaimana nak cari rezeki untuk keluarga dan biloa melakukan sesuatu kerja mesti perempuan yang rapat dengan lelaki itu juga yang kena.

Perempuan tidak suka lelaki abaikan mereka. Lelaki perlu mengambil berat tentang perempuan itu membuatkan mereka suka. Bila lelaki da berhenti mengambil berat tentang seorang perempuan. Perempuan itu akan berasa seperti diabaikan dan ini akan membuatkan mereka berfikir yang lelaki itu tidak mengambil tahu tentang mereka dan akan lupakan lelaki tersebut. Lelaki perlu tegur perempuan selalu ini membuatkan mereka terasa seperti tidak diabaikan.

Perempuan tidak suka lelaki merokok. Tetapi majoriti lelaki merokok. bila bersama dengan seorang perempuan hari-hari perempuan akan pesan jangan merokok dan akan tanya da berhenti merokok. Kebiasaanya lelaki seperti ini akan menjawab tidak merokok da sudah berhenti. Tetapi perempuan masih bersama lelaki merokok walaupun di mulut tidak suka lelaki merokok.

Perempuan tidak suka lelaki yang gatai or main kayu tiga(playboy). siapa suka bila orang menduakan perasaan orang mesti seseorang itu akan rasa sakit hati. Bila da seseorang itu milik kita ia mengatai dengan orang lain akan lahir perasaan cemburu. senterusnya sakitnya di hati akan terasa.

Perempuan tidak suka lelaki cakap berkias-kias. bila nak bercakap dengan seorang perempuan tidak perlu berpantun atau berkias. ini kerana perkara ini akan putar belitkan perasaan dan pemikiran mereka. Perempuan suka lelaki yang berterus-terang. jika suka terus cakap sukaa. jika tidak suka terus cakaptidak suka.

Perempuan tidak suka lelaki yang kuat mengongkong. Perkara ini akan membuatkan seorang perempuan terasa seperti didalam sangkar yang tidak boleh bebas. Kadangkala perempuan ini seperti burung yang ingin hidup bebas seperti orang lain, bukan nak lakukan sesuatu semua perlu dikawal oleh lelaki.

Perempuan tidak suka lelaki kuat marah. ini akan membuatkan mereka berasa takut untuk bersama lelaki seperti ini. hendak lakukan apa-apa perkara mesti akan takut kena marah. Hal ini akan membuatkan perempuan berada dalam keadaan ketakutan.

Perempuan tidak suka lelaki yang pentingkan diri. Bila dalam satu situasi perempuan mengharapkan seorang lelaki ini mengalah . Namun dan tetapi bila seorang lelaki suka pentingkan diri dia tidak akan mengalah hanya akan pentingkan dirinya untuk mempertahankan kenyataanya bahawa ia betul. kadang-kadang perlu mengalah walaupun benda itu betul.

Perempuan tidak suka lelaki yang berlagak. Perempuan akan mengelar lelaki ini bajet n segala bajet. perempuan tak suka sebenarnya seorang lelaki tunuk hero depan perempuan nampak sangat berlagaknya nanti. dan tidak perlu nak bajet macho dan hot itu bukan perkara yang dapat tarik hati perempuan .

Yang penting...

Perempuan tidak suka lelaki tiada pegangan agama. Jika seorang lelaki tiada pegangan agama jangan harap seorang perempuan itu nak terima. Agama itu penting untuk menentukan akhlaknyabaik budinya seorang lelaki. Jika tak mampu jadi Imam pada diri sendiri bagaimana nak jadi Imam pada makmum yang bergelar perempuan.


Adriana Lima memperagakan Bra 2 juta USD



Bra bernilai USD 2 juta dollar Amerika sedang diperagakan oleh seorang model , Adriana Lima di Victoria's Secret Soho Store, New York. Bra yang diperbuat daripada butiran 3000 berlian putih, permata dan batu nilam hasil rekaan Damiani Jewelers merupakan antara yang termahal di dunia. - See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/06/bra-berharga-2-juta-usd.html#_




info : memang gempaq

brilliant Fotografi contoh gambar manipulasi

gambar yang kecil kelihatan besar, gambar yang besar kelihatan kecil, dan gambar dekat kelihatan jauh, gambar jauh kelihatan dekat .. itulah manipulasi
Forced perspective adalah teknik yang menggunakan ilusi optik untuk membuat objek kelihatan lebih jauh, lebih dekat, yang lebih besar atau lebih kecil daripada yang sebenarnya. Ia digunakan terutamanya dalam fotografi, pembikinan filem dan seni bina. Ia memanipulasi persepsi visual manusia melalui penggunaan objek berskala dan korelasi antara mereka dan sudut pandangan daripada penonton atau kamera.

instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography
instantShift - Forced Perspective Photography

arkid tulisan buruk moshibot