Friday 5 July 2013

Pandang ia dengan Mata Hati bukan dengan Hawa Nafsu





Idaman nafsu keinginan manusia, sedangkan keadaan tubuh badannya sedemikian rupa, tabiatnya sangat mengila pada dunia, akhirat hanya jauh dimata hatinya, kemodenan mereka mementingkan tanpa hidup melaksanakan perintah Allah dan meningalkan larangannya..

Satu anugerah pemberian manusia yg bersongkak pada diri antara lelaki dan perempuan tiada malu bila bersentuhan yang tiada ikatan sah ,senyum dibibir terukir memanjang lantaran hati mendpat habuan duniaNya. Agama dimata hanya murahan baginya, dunia dimataNya syurga kehidupan selama2nya.
Umpama kuih dan mangsanya..

Seorang yang m’buat kuih dengan lengkap mengikut syarat bahannya,memasukkan setiap bahan yang tercatat diatas bukunya,ditambah lagi sedikit bahannya dengan racun yang berbahaya. Ketika itu ada orang yang melihatnya dan ada pula yang tidak melihatnya. Setelah kuih itu sebati adunannya terus dimasukkan ke tempat pembakaran.

Maka setelah ia masak dihidangkan kuih itu kepda dua orang padatempat yang sama iaitu mereka yang tidak melihat dan yang melihat tadi dengan ditaburi perhiasan untuk menarik selera pemakannya.
Bagi orang yang mengetahui akan adunan yang dihasilkan ,terus ia menjauhi tanpa sebarang ketakutan dan keinginan untuk makan,ia tidak memaling kearah lain sedikitpun kepada kuih itu,ia seolah-olah sedang berdepan dengan hidangan racun,bangkai dan api,bahkan lebih bahaya dari api kerana ia tidak ingin tertipu oleh hiasan zahirnya sahaja.

Bagi orang yang tak melihat akan adunan yang dihasilkan ,maka ia tidak mengetahui bahawa kuih itu ada racun didlmnya,maka ia terpersona dengan rasa ,bau dan hiasan zahirnya dan ia sudah sedia untuk memakannya sepuas hati tanpa gangguan.Walaupun ia berada diantara orang yang melihat hasil adunan kuih itu ,dicuba untuk memberi maklumat oleh orang pertama tetapi orang yang kedua tidak menolak tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Disamping itu ia sangat hairan kepada orang yang tidak menginginkan kuih itu. Bahkan ia juga sanggup menganggap orang yang tidak menginginkannya (kuih itu ) adalah orang yg bodoh.
Pandanglah ia diluarannya dan pandanglah ia didalamNya,
Pandanglah ia dengan mata hati bukan semata2 akan hawa nafsu diri,
Berdirilah,bersabarlah padaNya dalam mengambil pada luaran dan dalamannya yg amat penting.

Ia juga seperti bunga.. bila bunga itu belum berkembang kita tak nampak kecantikkannya bila ia dah kembang nilai sendiri bagaimana dalam n luarannya.

-nurkilan dari seorang sahabat-
                                      


....

No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot