Sunday 21 July 2013

seksa Politik di Kedah sekarang



Mungkin laporan atau entri ini berpolitik. tahu ramai yang tidak suka bila bercakap tentang politik kerana menyakitkan hati ramai pihak. Biar pun berpandangan macam mana sekalipun masih tetap sama tiada kesudahan sebab masyarakat sendiri yang tiada kesedaran. Tetapi ini kenyataan bukan penipuan atau sengaja dibuat cerita untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu tetapi untuk mengangkat keadailan. Kenapa Rasuah di Malaysia antara yang tertinggi sebab akarnya tidak dicuntas hanya buang rating pokok ia tetap akan menjalar, malah akan jadi lebih besar. Kenapa jenayah Malaysia sekarang berada di antara yang teratas di dunia. padanglah pemimpim yang anda pilih. Kenapa Malaysia diletakkan antara negara yang berbahaya dilawati tanyalah siapa yang menguruskan Malaysia sekarang.

Laporan ini akan menceritakan situasi di Kedah. sebelum ini Kedah dipegang oleh pihak pembangkang iaitu Pas yang dipimpim oleh Ustaz Azizan. Namum pilihanraya yang baru-baru ini telah menyaksikan bahawa Pas tewas kepada BN dan dipimpim oleh Mukhriz Mahathir. Sebelum ini atau selama pimpinan Pas ini tiada keluhan rakyat tiada perkara yang menyakitakan hati rakyat semua perkara diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa masalah walaupun diganggu Iblis berwajah TV3 yang mencari aib orang dan melaporkan kepada awam yang membuat fitnah dan laporan yang auta iaitu menipu. Ustaz Azizan baru nak bagunkan Kedah sebagai negeri atau bandaraya Islam namun hanya separuh tetapi semua mengharapkan kerajaan yang baru sambung tetapi rakusnya kerajaan sekarang mengetepikan Islam dan mencari untung dengan cara lain. Sebelum ini Hiburan di Kedah disekat kecuali di Langkawi atau setengah tempat. sekarang semua tempat hiburan sudah melular. Sebelum ini air dan elektrik di Kedah harga turun tetapi sekarang sudah meningkat dengan melampau, sebelum ini banyak majlis ilmu di utamakan sekarang ada kelangsungan. Sebelum ini Ustaz Azizan berusaha menbangunkan KUIN iaitu Kolej Universiti Insaniah kedah sebagai tempat pengajian dan pusat Ilmu berlandaskan Islam di Kedah. Dan Kerajaan sebelum ini berusaha menjadikan KUIN sebagai universiti tetapi malangnya dengan rakusnya kerajaan kedah yang sekarang iaitu dibawah kepimpinan BN bertindak ingin menjual kampus KUIN di Kuala Ketil.

Rakyat mengeluh dengan pelbagai hal. Sewaktu Banjir Di Langkawi tiada kelibat pemimpim baru yang dipilih sebahagian rakyat Langkawi sebagai tanda perihatin terhadap masyarakat atau mangsa banjir baru-baru ini. ia hanya mengutamakan kerabatnya iaitu kenalannya sahaja. jarang lihat keprihatinan seperti kerajaan Pas dahulu sebelm bermesra dengan rakyat turn ke Masjid bersama-sama. Jarang dilihat sekarang ini. Rakyat mengeluh pelbagai hal tapi tiada siapa pun yang mendengar. Kenapa sekarang baru menyesal kenapa dahulu sebelum pangkah tidak fikir dengan akal fikir dengan duit yang ditawarkan jea sebelum pangkah. sekarang yang seksa adalah generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot