Monday 22 July 2013

Pulau lindungan awam (Lutyla Duymun island)


Setiap pulau mempunyai keindahan tersendiri. Tapi, pernahkah anda membayangkan wujud sebuah pulau yang dilitupi awan tebal? Fenomena aneh dan jarang berlaku seperti itu benar-benar berlaku di sebuah daratan yang dikelilingi air, iaitu Pulau Luytla-Duymun. Luytla-Duymun merupakan pulau berbukit yang terletak antara Scotland dan Iceland. Titik tertinggi di pulau ini adalah Gunung Raven iaitu setinggi 414 meter. Keluasannya tidaklah besar mana. Cuma 0.8 kilometer persegi dan ini menjadikan ia antara pulau terkecil daripada 18 Kepulauan Faroe di Atlantik.

Oleh kerana bentuk muka buminya berbukit dan bersaiz kecil, tiada manusia mendiami pulau unik ini. Apa yang wujud di pulau ini ialah beberapa jenis haiwan seperti kambing biri-biri dan lapan jenis spesies tumbuhan liar yang hidup di sekitar Gunung Raven.

Nama 'Duymun' dipercayai berasal daripada bahasa Celtic. Bahasa ini merupakan kumpulan bahasa dalam keluarga Indo-Eropah seperti Jerman, Sweden, Belanda dan Inggeris.

Pada tahun 1850, Pulau Luytla-Duymun pernah dibeli oleh seorang raja Denmark dalam misi mengumpul hasil kekayaan dan tanah jajahan.

(Sumber: Majalah Infiniti Bil 42)


No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot