Thursday 18 July 2013

RAKUS. kampus KUIN di kuala ketil bakal dijual



Rakus pemimpim Kedah sekarang. dengan pemikiran yang cetek tidak tahu bagaimana lagi hendak menjana duit, menjana ekonomi hanya mengambil keputusan ringkas dengan pemikiran yang cetek dan menyakitkan hati banyak pihak. Kerajaan kedah sekarang dibawah kepimpinan BN mengambil keputusan dengan menjual kampus tetap KUIN di Kuala Ketil.

Di media massa kita dihidangkan dengan sajian berita yang menyejukkan hati rakyat dan semua pihak tentang KUIN namun, hanya indah khabar dari rupa. Seperti mana kita tahu yang media sekarang memang suka menipu dan manipulasikan berita hanya untuk keuntungan peribadi dan sanggup jadi anjing peliharaan kepada tuanyang kejam.

tidak tahu bagaimana hendak luah kepada siapa hendak luah. jika diluah diKerajaan seperti menumbuk tembok yang besar.tangan pecah. tembok tak rasa apa. jika diluah di media massa serperti membuang air dilaut .. tiada apa-apa hasil yang akan dapat. mungkin luahan pelajar ini kepada Nurul Izzah dapat menyelesaikan masalah ini.

luahan student KUIN :

Assalamualaikum.....

Kak Izzah saya nak ambil sikit masa kak izzah ek , sy rasa sedih sgt skg ni . Sy merupakan student KOlej Universiti Insaniah, Kedah Jurusan Mualamat . Kak, kami Student Muamalat KUIN, ditindas dan dizalimi begitu dahsyat oleh kerajaan bawah pimpinan Mukhriz . Kak, seperti yg kak tau masa zaman Ustaz Azizan, beliau ada buat Kampus tetap KUIN ni K.ketil . Alhamdulillah kami sempat dok kat sana 1sem . Tapi setelah Kerajaan UBN naik, kami telah dihalau untuk balik ke kampus asal di Mergong, Alor Setar . Katanya Bajet terlalu tinggi dan Kampus tetap kami di K.Ketil nak dijual kpd IPTA . Ya Allah ka, saya rasa sedih sgt .

Kak cuba byangkan kedaan di Mergong yg padat . Kami dipaksa berpindah di sana selepas hari raya . kak cuba bayangkan betapa kelam kelibutnya kami, dgn nak mencari rumah sewa di sana , nak mengangkot brg2 . Kami ni hanyalah student kak, duit bukannya ada untk nak tampung segala kos dgn sekelip mata . Kerajaan kedah mengaburi mata kakitangan dgn mmberi bonus, tapi kami sbg student disepak ke sana kesini mcm bola . Mungkin sy xdak masalah sbb sy rumah sy dekat just di Penang . Cuba akak bayangkan nasib kwn2 yg duduk jauh spt sabah, sarawak, kelantan .

Kak kami diarah pergi ke kampus tetap tanpa alasan yg munasabah . Sy rasa sakit hati sgt dgn Kerajaan skg . Senang2 dia nak jual kmpus tetap k.ketil dan kos2 yg ada . Sangat tidak adil bg kami kak . Terlalu byk kezaliman yg mereka buat tapi satu pon tidak dihebahkan kpd media massa . Yg keluar di berita adalah staff kuin dapat durian runtuh . tentang isu perpindahan sunyi sepi , seolah2 mereka adalah wira dlm pentadbiran dan tiada masalah yg berlaku bila UBN memerintah . Padahal , hanya kami yg rasa kepedihan ni kak . Kenapa kejam sgt kerajaan kedah kepada Student KUIN . Apa salahnya jika mereka membantu KUIN .

Maaf kak saya tahu KEDAH bukan dibawah pimpinan akak . Tapi sy nak kak tahu yg kami skg sedang DITINDAS ! Kami langsung xdak hak untuk bersuara . Bila bersuara, ada saja suara sumbang . Allahuakbar, sekali lg maafkan sy kak sbb ganggu masa akak . tqvm coz baca luahan hati sy yg x seberapa ni . Hanya kami Student MUAMALAT saja yg mengetahui betapa rakus dan zalimnya Pimpinan bawah Mukhriz .. Syukran kak . Salam Ramadhan . Assalam .

No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot