Monday 15 July 2013

Gempar Honda Jazz 36k jea


Promosi telah dijalankan oleh pihak Honda Malaysia untuk model Honda Jazz di Malaysia iaitu hanya dengan harga 75k jea. Tetapi gempar di Langkawi promosi Honda jazz dengan harga runtuh iaitu 36 k jea. Terbaru di Langkawi tempahan sudah mencecah 200 pembeli dan terpaksa stop sementara untuk tempahan ini tempahan juga dijangka meningkat di masa terdekat ini.

Pengeluaran Honda Jazz enjin petrol CKD ini sejajar dengan hala tuju global Honda untuk meningkatkan tahap daya saing kos bagi menawarkan produk berjenama tinggi yang bernilai pada harga mampu milik. Pihak Honda menyasarkan untuk menjual kira-kira 500 unit sebulan model ini sebulan .

  

Fenomena di Langkawi yang majoritinya memakai kereta import dan mampu memiliki produk berjenama tinggi tapi pada harga mampu milik. Langkawi yang kian maju selepas sumpahan lagenda Mahsuri semakin bersaing dalam ekonomi Malaysia dan merupakan penyumbang terbesar dalam Malaysia terutama dalam industri pelancongan. Ini tidak hairan jika masyarakat Langkawi majoritinya memakai kereta import dan mampu kerja atau cari pendapatan bulanan yang memuaskan terutama melalui industri pelancongan.

Tidak hairan jika harga Honda Jazz di Langkawi hanya 36k jea . Ini kerana Langkawi tidak mengenakan cukai keatas barang yang dikenakan cukai. Disebabkan Langkawi bebas dari cukai. Disini terdapat perbezaan harga yang ketara di luar Langkawi dan Langkawi iaitu 75k dengan 36k. Perbezaan yang banyak boleh kita dapati daripada harga ini. Ini menunjukkan cukai yang dikenakan kerajaan terlalu tinggi terhadap kereta. Ini menunjukkan cukai kereta masih belum turun dan masih tinggi. Hanya harga kereta yang turun. syabas kepada pengeluar kereta yang membuat promosi sebegini. 


No comments:

Post a Comment

arkid tulisan buruk moshibot