Sunday, 7 July 2013

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita



bila kita sayang an seseorang tapi orang kita sayang sangat-sangat itu akan tinggalkan kita. Kenapa sebab dia tak percaya yang kita sayang dia, Kadang-kadang dunia ini tidak adil bila kita terlalu jujur tiada orang akan percaya, dan bila kita menipu lagi la orang takkan percaya. Bagaimana nak percayakan orang . cuba terbalikkan dunia dulu.

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita fikiran itu mesti melayang-layang bagaikan burung yang sebelah sayapnya sudah patah tapi masih mampu terbang. Dunia seolah-olah tiada orang jalan raya pun rasa sunyi bunyi hon bagaikan bunyi burung berkicauan di hutan. Bila lihat ke langit kenapa awam tu bergerak sendirian dan kelompok awam lain bergerak dalam kelompoknya. kita akan tertanya maybe itu aku.

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita kadang-kadang kita akan tertawa sendiri. senyum sorang-sorang bila ingatkan kenangan bersama. Bila orang datang tanya something kat kita dan persoalan itu ada kaitan tentang dia. Kita akan terdiam beberapa minit. Benda yang tak lucu akan jadi lucu sebab nak tutup luka yang berturusan di hati supaya tak mengalir. tapi tetap mengalir walupundi bibir terucap senyum.

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita kadang-kadang perasaan rindu dekat dia itu tak boleh dihalang. Malam-malam mesti akan tatap gambar dia. Kadang-kadang titisan airmata itu akan terkeluar tanpa kita sedari. tatap gambar dia sampai puas dengan harapan rindu itu akan sampai dekat dia. tengok gambar sampai terlelap. dan gambar akan itu akan tengok kita lak.

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. Kita cuba nak lupakan dia cuba melupakan. Memang susah nak lupakan orang yang kita sayang. Tapi dia datang dalam fikiran. Kadang-kadang tertengok dia. luka yang akan jadi parah bila benda yang buat an kita jeleous dia sedang lakukan. luka akankembali terbuka bila dia rapat dengan orang lain dan bahagia dengan orang penyambung derita itu berterusan. Memang kita nak tengokdia bahagia tapi saat itu yang paling derita adalah orang yang paling sayang dia sebelum ini.

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. Jalan raya ternampak sunyi untuk terus bermimpi. bila tidur mimpi pun kita tak sedar apa yang kita mimpi. bangun jea ingat dia. Hari-hari harap dapat lupakan dia. bila esok datang harap hari esok adalah baik. malam semalam yang duka. harap esok tiada luka. mengharapkan hari-hari hidup bagaikan tiada perasaan. sentiasa harap malam membawa ingatan yang berduka hilang.

Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita ingat keredhaan itu penting. redha untuk kita tenang. Ingat Allah yang satu ada. Allah sentiasa bersam kita. Dia tahu kita sedih, Dia tahu kita sedang derita, Dia tahu kita sedang kesakitan, Dia tahu kita sendirian, Dia tahu segalanya, Dia cuma menunggu hambanya datang kepadaNya. Insyaallah Allah akan ganti duka itu dengan ketenangan.


......

Juruteknik tengok filem porno dan tertayang dekat skrin besar LED di dataran awam

china film

Filem pornografi adalah diharamkan dan dilarang di China dan secara tidak sengaja telah ditunjukkan pada skrin besar LED di dataran Awam di wilayah Jijin. laporan akhbar China.

Telah dilaporkan bahawa bahawa Filem ini dimainkan selama 10 minit oleh seorang juruteknik, yang menonton Filem porno atau lucah di komputer tanpa menyedari yang ia ditayangkan pada skrin besar LED.

Menurut juruteknik itu ia bertujuan untuk membaiki skrin. dan Pemilik syarikat pengiklanan atau pemilik skrin besar itu yang dikenali sebagai Yuan Mou telah mencabut komputer tersebut dan terus melemparkan cakera Padat ke luar tingkap menurut laporan akhbar China.

Walau bagaimanapun, berita siaran secara sengaja itu cepat merebak, dan gambar filem itu bermain ke dataran utama berhampiran stesen keretapi Jilin secara terus atau langsung.

Filem porno yang ditayangkan ialah Filem Xin Jin Ping Mei. Filem ini adalah berdasarkan pada 17 Century novel Cina yang dikenali sebagai The Plum dalam Pasu Emas. Dan filem ini telah diharamkan Di China.

China mempunyai peraturan-peraturan yang ketat dalam mengawal filem-filem yang boleh disiarkan, termasuk filem politik yang sensitif dan beberapa filem-filem lucah.

seorang atlet bola baling dirogol sekumpulan atlet lelaki


 gambar yang tiada kena mengena

KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.

Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama

Saturday, 6 July 2013

Jumlah siswazah yang menganggur pada tahun 2012.

Embedded image permalink

jumlah penganggur 2012 .. jumlahnya 75800

semakin banyak siswazah yang lahir semakin banyak penggangur. Ingatkan hantar mengaji tinggi-tinggi dapat  kerja yang boleh menanbahkan rezeki tapi hanya mengabiskan beras jea. Ingat banyak universiti sama ada IPTA or IPTS dapat melahirkan banyak tenaga kerja yang mahir untuk memajukan negara. Tetapi menambah penggangur.

silap siapa sekarang. Siswazah yang demand gaji or memilih kerja atau pihak-pihak yang mengambil pekerja taknak terima siswazah baru. Kerajaan of course la taknak amik siswazah baru sebab nak an yang ada pengalaman baru sekurangnya 5 or 10 tahun baru dapat.. maunya sistem atau organisasi dan cara kerajaan teruk. sebab menggunakan idea yang lama tidakmahu mencuba idea yang baru yang lahir dari siswazah yang baru..

Kebanyakkan siswazah yang pergi interview akan mengalami persaingan dari sumber tenaga kerja dalaman dan sumber kerja luara. Kebanyakkan organisasi akan memilih tenaga kerja dalaman untuk mengisi jawatan kosong yang ada di dalam organisasi. iaitu memilih orang dalam syarikat itu sendiri. ini salah satu sebab siswazah menggangur. tidak mahu amik risiko dengan mencuba idea baru tapi menggunakan idea lama . dan pertumbuhan organisasi pun lama tanpa risiko.

Siswazah-siswazah yang lahir pun cuba la apa2 kerja pun dan tidak perlu demand sangat.. cuba apa2 kerja itu akan mengasah cara kita bekerja walupun teruk dan kita tak minat.. biar jadi nelayan nanti kita tahu bagaimana cara nak dapatkan banyak ikan-2 besar.. biar jadi petani nanti kita tahu bagaimana perbesarkan ladang. bagaimana nak hargai peluh2 nelayan dan petani. bersusah-susah dulu.. senang-senag itu kemudian.
                                      

Friday, 5 July 2013

Pandang ia dengan Mata Hati bukan dengan Hawa Nafsu





Idaman nafsu keinginan manusia, sedangkan keadaan tubuh badannya sedemikian rupa, tabiatnya sangat mengila pada dunia, akhirat hanya jauh dimata hatinya, kemodenan mereka mementingkan tanpa hidup melaksanakan perintah Allah dan meningalkan larangannya..

Satu anugerah pemberian manusia yg bersongkak pada diri antara lelaki dan perempuan tiada malu bila bersentuhan yang tiada ikatan sah ,senyum dibibir terukir memanjang lantaran hati mendpat habuan duniaNya. Agama dimata hanya murahan baginya, dunia dimataNya syurga kehidupan selama2nya.
Umpama kuih dan mangsanya..

Seorang yang m’buat kuih dengan lengkap mengikut syarat bahannya,memasukkan setiap bahan yang tercatat diatas bukunya,ditambah lagi sedikit bahannya dengan racun yang berbahaya. Ketika itu ada orang yang melihatnya dan ada pula yang tidak melihatnya. Setelah kuih itu sebati adunannya terus dimasukkan ke tempat pembakaran.

Maka setelah ia masak dihidangkan kuih itu kepda dua orang padatempat yang sama iaitu mereka yang tidak melihat dan yang melihat tadi dengan ditaburi perhiasan untuk menarik selera pemakannya.
Bagi orang yang mengetahui akan adunan yang dihasilkan ,terus ia menjauhi tanpa sebarang ketakutan dan keinginan untuk makan,ia tidak memaling kearah lain sedikitpun kepada kuih itu,ia seolah-olah sedang berdepan dengan hidangan racun,bangkai dan api,bahkan lebih bahaya dari api kerana ia tidak ingin tertipu oleh hiasan zahirnya sahaja.

Bagi orang yang tak melihat akan adunan yang dihasilkan ,maka ia tidak mengetahui bahawa kuih itu ada racun didlmnya,maka ia terpersona dengan rasa ,bau dan hiasan zahirnya dan ia sudah sedia untuk memakannya sepuas hati tanpa gangguan.Walaupun ia berada diantara orang yang melihat hasil adunan kuih itu ,dicuba untuk memberi maklumat oleh orang pertama tetapi orang yang kedua tidak menolak tanpa rasa ragu-ragu lagi.

Disamping itu ia sangat hairan kepada orang yang tidak menginginkan kuih itu. Bahkan ia juga sanggup menganggap orang yang tidak menginginkannya (kuih itu ) adalah orang yg bodoh.
Pandanglah ia diluarannya dan pandanglah ia didalamNya,
Pandanglah ia dengan mata hati bukan semata2 akan hawa nafsu diri,
Berdirilah,bersabarlah padaNya dalam mengambil pada luaran dan dalamannya yg amat penting.

Ia juga seperti bunga.. bila bunga itu belum berkembang kita tak nampak kecantikkannya bila ia dah kembang nilai sendiri bagaimana dalam n luarannya.

-nurkilan dari seorang sahabat-
                                      


....

Amanat terakhir Dr.Morsi


Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.


Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.


Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.


Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Thursday, 4 July 2013

bagaimana nak kesan daging babi



disini ditunjukkan bagaimana nak kesan daging babi dan ditunjukkan melalui cara BAGAIMANA NAK BEZAKAN DAGING BABI DAN DAGING LEMBU .. jom tengok sini http://www.mazeermohamad.com/2013/07/cara-membezakan-daging-khinzir-dan-lembu.html#_

Wednesday, 3 July 2013

Tanda orang sayang dekat kita



Dia tidak tahu yang kita sayang dia. tapi kita nak dia tahu yang kita ni, sayang dia dan kita malu nak bagitahu yang perasaan sayang ini terhadap dia. Kadang-kadang orang yang terlalu rapat dengan kita ini mesti setiap malam atau setiap detik akan terfikir adakah dia sayang kita tapi malu nak tanya. bagaimana nak tahu yang someone itu sayang dekat kita??

Tanda orang sayang dekat kita. seseorang ini tidak akan lupa kita. Bila dia bosan orang pertama dia akan contact adalah orang yang dia rapat tanpa kita sedari perasaan sayang dia tu. jika kita tak contact dia tiba-tiba dia akan contact kita untuk suruh teman dia. Bila ada apa-apa orang yang dia cari adalah orang yang rapat dengan dia iaitu orangyang dia sayang tanpa kita sedari dan dia sedari. Bila dia ada masalah, dia akan harap kita tolong dia, bila dia tengah mengeluh dia akan harap kita dapat mendengar.

Tanda orang sayang dekat kita. Dia akan selalu pandang kita tanpa kita sedari. bila kita pandang dia, dia akan pandang arah lain. Bila kita pandang dia lama-lama dia akan rasa seperti malu tapi dia tak akan pandang kita. kita tidak pandang dia, dia akan tenung kita balik.

Tanda orang sayang dekat kita. Dia tahu segala serbi tentang kita walaupun kita tak bercerita dekat dia.
Dia akan tanya member kita atau member dia bagaimana kita ini, dia akan tahu bagaimana perangai kita ini, dari situ akan mula buat dia rapat dengan kita dan mula ingin tahu tentang kita.

Tanda orang sayang dekat kita. Dia mula cerita something yang dia tidak patut cerita tetapi dia cerita dekat kita. Dia mula share pengalaman dia, dia mula share kisah hidup dia dengan kita. Dia akan mula story-mory dengan kita, dan dia akan selalu buat kita senyum dekat dia.

Tanda orang sayang dekat kita.Dia sudah mula amik berat tentang kita. Bila kita jauh cikit dari dia. Dia akan mula risau. dia akan tertanya-tanya kemana kita pergi, kenapa tiba hilang. Kadang-kadang time ini dia akan marah kita kenapa tak bagitahu dia. Mungkin akan tersenyum jea kita an bila keadaan tiba-tiba dia risau kita. Bila kita tanya awak suka saya erk ?? tengok reaksi badan dia akan berubah dan muka akan jadi merah. dan posture muka berubah.

Tanda orang sayang dekat kita. Dia sudah mula cemburu dengan kita. Bila kita rapat dengan orang lain. dia tak akan tanya benda lain selain dia selidik dan soal siapa orang yang kita rapat tadi sampai dia puas hati. Dia akan cemburu lagi kenapa selalu rapat dengan orang bukan dengan dia. kadang-kadang disini perasaan sayang dia itu boleh hilang jika dia terlalu cemburu. kerana dia akan fikir macam-macam. sebab itu disini kita perlu sedar yang dia sayang kita. Tapi selalunya perasaan sayang dia akan melekat lagi.

Tanda orang sayang dekat kita. Dia akan rindu kita. kadang-kadang dia luahkan perasaan. Dia selalu tengok kita, selalu tengok gamnbar kita. kadang-kadang dia akan cakap dia rindu kita.

Tanda orang sayang dekat kita. Dia akan ajak kahwin.secara serius dia akan ajak kahwin dan terus melamar. Kerana sayang dia terhadap seseorang adalah untuk menjadikan seseorang itu yang halal bagi dia.


I'm Single because

                                                       

I'm single because seseorang itu telah tinggalkan kita oleh sebab kecuaian kita sebab ego kita. sebab terlalu membuat seseorang itu sakit. Mungkin seseorang itu bila dah single ia dah bebas dari disakiti tapi sebelah pihak lagi akan menyesal dengan perangainya yang terlalu menyakiti. dia pulak akan merasa tersakiti.

I'm single because siapa yang nak diri ini, kita sendiri pun tahu diri ini macam mana, sedangkan orang lain penilaiannya lagi bagus tentang diri ini, mereka pun taknak. sifat merendah yang terlalu merendah ini menyebabkan kita single. merendah diri itu bagus. dan amat mulia. Terlalu merendah diri membuatkan diri kita sendri terhina.

dan I'm single because ;




I'm single because :
Embedded image permalink














Tuesday, 2 July 2013

cantik itu comel (apa rahsianya?)



Semua orang nak cantik, bukan nak cantik sangat sebenarnya nak sedap mata orang memandang kita. sebenarnya ia tak perlu pun nak habiskan duit beli ubat-uabatan, makan macam-macam segala serbi yang boleh masuk dalam mulut.. jika tersilap makan parah. jika terlebih makan pun parah. jika kurang makan tak menjadi lak. macam-macam akan jadi jika kita sendiri tak tahu nak jaga kecantikkan kita. sama ada lelaki atau perempuan. sama saja. setiap insan dicipta dengan keistimewaanya. setiap insan dicipta dengan kebijaksanaan akalnya dan setiap insan dicipta dengan hatinya yang suci. Bagaimana kita nak guna akal menampakkan penampilan kita cantik dan bagaimana nak guna hati kita jaga kecantikkan kita. Semua kecantikkan itu bergantung kepada cara dan amalan hidup kita sepanjang hari.

Bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan. Apa yang telah dianugerahkan kita kena bersyukur. Ini penting. setiap pemberiannya kita kena bersyukur. Kadang-kadang ia hanya nak uji kita bagaimana kita laluinya bila kita cantik, dia bagi lagi kita cantik. kita suka, dia bagi cantik lagi orang puji kita tapi kita lupa nak bersyukur dia tarik bila kecantikkan kita. mula la nak cari cara nak cantik balik tapi da silap dari awal.

Sentiasa berfikiran positif. Think positive ini penting untuk memotivasikan diri kita. Jangan kita kutuk diri sendiri nanti kita akan jatuh down dan tak da semangat. rasa diri terhina dan reaksi muka akan berubah sepanjang waktu. terasa diri sentiasa disisih. rasa macam orang kutuk kita. Tapi semua tu fikiran kita jea yang fikir. hati kita jea rasa yang terasa sendiri sebab diri sendiri. Bila kita fikir positif, kita ada keyakinan, ada motivasi walaupun muka tak seberapa orang akan pandang diri kita tinggi sebab mampu menyakinkan mereka. Hari-hari kita sentiasa positif, hari-hari kita akan ceria dan sedikit sebanyak texture muka akan berubah tanpa kita sedari dan lihat lah orang akan puji anda semakin encem dan cantik. bersyukur la sebab mampu menjadikan diri anda berubah. sebab setiap perubahan umur kita, akan berubah berperingkat ada 2 jea nak cantik kea hodoh?? nak baik kea jahat?? semua tu bergantung pada amalan, perbuatan adat harian kita. jaga hati kawal akal.

Sentiasa senyum. senyum ni seperti mana kita tahu merupakan terapi terbaik untuk cantik dan menjadikan diri itu lebih hebat. Dalam kajian pun sudah menunjukkan yang senyum ini mampu mengerakkan otot muka. tak perlu nak pergi spa mengerakkan otot muka. tak perlu nak cucuk muka nak gerakkan otot muka bagi jadi kulit tegang. Selain itu ia mampu membuat suhu badan terkawal seterusnya mampu kawal kawalan darah. dan Kalau seorang taknak senyum try cakap macam ini. awak kacak awak ncem, awak cantik, jika saya senyum, awak senyum la sekali. Bila kita berdua senyum nanti akan berjangkit orang yang tengok kita akan senyum, dan semua akan senyum. bila semua akan senyum dunia tiada penyakit lagi, semua sihat, semuanya sedap mata memandang.

Kurangkanlah penggunaan alat solek atau tak perlu pakai langsung. Alat solek diperbuat daripada apa?? tak adanya diperbuat daripada tumbuhan semuanya kena campur bahan kimia. Bila da campur bahan kimia sedikit n sedikit dia akan makan kulit kita. jika tiada effect diluar ada effect di dalam. Orang lelaki lebih suka memandang perempuan yang tak bersolek suka yang natural.. Jika terlebih solek diowg akan kutuk. Pernah tengok lelaki make up. Kalau pernah itu bukan lelaki dia saja buat-buat ayu .. tak kea hodoh. Hilang seri wajah kita nanti.

Bersenam. Rajin kea kita nak bersenam. jika lelaki bab Fitness jangan halang. mereka bila kata nak Fitness memang akan fitness. jika malas tak perlu bersenam, jika rajin bersenam, kecantikkan itu semula jadi. Senamlah otak anda. itu mampu mengerakkan otot muka. bersenam otak dengan melihat yang cantik, melihat benda baik, tengok lah keindahan alam betapa indahnya ciptaannya begitulah ciptaanya terhadap kita.

Wajid Amalkan pegangan agama, salot 5 waktu dan selalu amalkan solat sunat. Insyaallah muka kita akan berseri dan sentiasa bersyukur kepada yang Maha Esa. Ini memang wajid diamalkan. bila kita amik wudhuk ia seperti pembersih muka. Wudhuk itu lebih menyegarkan dan menyucikan. setiap 5 waktu kita akan cuci muka kita bersihkan muka kita. sepertimana kita tahu bukan saja pada muka sengaja difokuskan kepada muka jea. Solat sunat itu penyeri kita, amalkan selalu insyaallah sedap mata orang akan pandang kita selepas ini. Tanya la orang yang muka dia berseri-seri bercahaya apa rahsia dia. Dia akan cakap sembahyang jangan tinggal dan amalkan solat sunat. Insyaallah akan diterangi.