Tuesday 26 August 2014

Karangan terbaik (fantasi kanak-kanak) lawak



Karangan budak darjah 4 dari sek keb...
bertajuk:

"Kemalangan ngeri yg pernah saya lihat"


Copy paste dr kiriman rakan guru



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu, barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.


Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang. semuanya mati.


Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.
Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya.
Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.


Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.


Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati..................

Friday 20 June 2014

koleksi gambar troll

NAK

MINTA 

SAYA NAK BAGI 

BANYAK NI GAMBAR TROLL  

setiap kebaikkan ada ganjarannya



Bercakap tentang kebaikan tak susah nak lakukan kebaikan dan takkan ada benda yang senang. Maksud susah dan senang ini semua bergantung pada diri kita .. bagaimana kita nk lakukan sesuatu benda itu jika ia susah bagaimana kita nk jadikan ia senang .. dan jika ia sesuatu yang senang bagaimana kita boleh jadikan ia susah .. semuanya bergantung pada diri kita .. mainan minda kita ..
pada mulanya bagaimana kita nak jadi baik dan hendak lakukan sesuatu yang baik dan bagaimana ganjarannya .. sudah tentu setiap kebaikan yang kita lakukan ganjaranya besar .. tapi manusia tak nampak ganjaran yang dia peroleh .. kenapa manusia suka merungut dengan kebaikan hendakkan ganjaran .. itu bukan kebaikan itu pura-pura baik ..




seseorang yang telah memberi makananya kepada seorang hamba yg sedang lapar sedangkan dirinya sendiri lapar tapi dia melihat saudaranya sedang menahan lapar dia memberi makananya itu kepada saudaranya itu yang tidak dikenali .. dia telah melakukan kebaikan dengan ikhlas yg membantu orang yg tengah lapar .. kita tidak tahu mungkin org yang dibantunya mendoakan kemurahan rezekinya .. kebaikannya sepanjang malam sepanjang hidupnya .. Setiap kebaikan yang kita lakukan ada ganjarannya.


Kita membantu seseorang yang dalam kesusahan yang buntu dalam harungi hidupnya yang gelisah tidak mampu berfikir , tidak pernah bahagia , kita datang bagi berita gembira kepadanya Allah akan balas berita gembira kepada kita .. dan Setiap malam setiap hari dalam doanya terdapat nama kita yang membantunya saat dia susah.. Insyallah Allah akan bagi rezeki yang terbaik untuk kita ..


kenapa minda kita susah nak menerima dan memberi kebaikan kepada org yg membenci kita .. "arghhh abaikan saja dia dulu dia tak amik peduli aku sekarang padam muka biar kau rasa macam mana nk hidup susah" kata-kata kesat yg penuh dengan minda kotor dan kebencian sampai bila2 hati sebegini akan gelap .. cuba memeberi kebaikan kepadanya sekurangnya mendoakan kebaikan kepadanya .. Allah maha mengetahui Allah akan memberi ganjaran yang terbaik untuk kita ..

Monday 10 February 2014

Dear lelaki


dear lelaki jika nak dapatkan seorang perempuan kau kena berani sebab perempuan suka lelaki berani .. biar la dia cakap camna pun sebenarnya dia akan lebih tertarik kepada lelaki yg gentleman.

dear lelaki perempuan lelaki ni selalu amik berat tentang amik tahu tentang dia ...jika ini yang selalu lelaki amik tahu comfirm perempuan takkan tinggalkan lelaki.

dear lelaki jika perempuan itu melepaskan airmata untuk kau .. untunglah kau dan bersyukur .. kerana itu yg dia ada iaitu kau .. jaga la mereka..

Dear Lelaki, Sayangi perempuan seperti sahabatmu. Lindungilah perempuan seperti adikmu. Dan,kamu hormatilah perempuan seperti seorang ibu 

dear lelaki Bila perempuan cakap "Tak ada apa², lupakan". Lebih baik awak sedar kesalahan yang awak dah buat, awak mungkin buat dia terluka.

dear lelaki jangan selalu tabur janji kerana perempuan mudah percaya ..saat kau seorang lelaki ingkar janji mereka sedikit demi sedikit mereka akan terluka .. tak ke sakit...

dear lelaki jika nak bercinta hanya untuk mainkan perasaan atau sebagai mainan .. lebih baik g pasar malam beli mainan murah-murah jea kat situ .. boleh puaskan hati ..

dear lelaki tak salah kalau kau turunkan ego demi orang yg kau sayang. Tak hilang lah macho kau tu kalau turunkan ego kau."

Dear lelaki , perempuan nak jadi satu-satunya perempuan dalam hidup awak , bukannya salah satu daripada perempuan yg ada dalam hidup awak.

dear lelaki Kalau awak nak buat perempuan gembira, awak kena beri dia 3 perkara : Perhatian awak, Kasih sayang awak dan Hargai dia :')

dear lelaki ini adalah tugas kau untuk membimbing kaum hawa ke jalan yang benar .. bukan ke jalan yg salah mereka lemah .. biarpun perempuan tu seorang polis dia tetap lemah ..

dear lelaki jika benar-benar suka akan dia.. terulah nikahi dia .. 

dear lelaki sayanglah sepertimana perempuan sayang kau..

Dear lelaki kalau niat awak betul baik nk kahwininya secara sah. Kumpul lah duit dr skrg. Hantaran makin lama makin mahal tahu tak..

Friday 7 February 2014

kesilapan pembeli dan penjual rumah atau hartanah



nak beli rumah atau hartanah itu lebih baik pakai agent .. JANGAN sesekali berurusan dengan tuan rumah itu sendiri, ini salah, sebab nanti semua hal anda akan urus sendiri, tak percaya try ... samalah dengan tuan rumah, jgn jual terus dengan pembeli .. lebih baik bagi agent tlg jualkan .. jangan salahkan sesiapa jika ada masalah tak bayar .. loan sangkut ... or sebagainya ... nak elak kos agent tapi tanggung kerugian yang bnyak .. ini salah satu ceritanya:

hari ini ada satu buyer call hendak beli rumah RM320K dan hendak tengok rumah hari ini... 

macam biasa, saya akan buat qualifying exercise melalui telefon...

gaji bersih OK RM4,100... tapi bila sebut pasal komitmen bulanan: personal loan RM1,300... minimum payment kad kredit RM100... tiga loan kereta RM1,600... semuanya RM3,000... belum campur kalau loan rumah yang ingin dibeli RM1,450...

total semua RM4,450 (komitmen bulanan) > RM4,100 (gaji bersih)...

dia cadang hendak bantu guna dua nama... tapi gaji bersih saudaranya RM1,700 sahaja tidak membantu langsung ditambah ada komitmen lain...

katanya dua kereta yang dibeli atas perniagaan kereta sewa dengan kawan... saya tanya, loan nama siapa? katanya nama dia... company nama siapa? company nama kawan... dia pajak keretanya kepada kawan yang buat kereta sewa, siap dengan agreement... dia ingat side income dia akan membantu...

saya terang pada dia, buat pajakan kereta untuk tujuan komersil sudah salah... loan atas nama dia, walau siapa bayar pun tidak penting, liability atas yang punya nama... company pun bukan company sendiri...

tanya berapa cash (saving) ada? adalah RM4,000... nak bayar 3.5% booking pun tidak lepas... dia kata dia ada EPF akaun 2 hendak dikeluarkan kalau boleh buat special arrangement... saya tanya berapa ada? katanya RM20K... alahai... 10% dah RM32,000 belum kos legal dan stamp duty... yang dia ada RM4,000 + RM20,000...

sebenarnya saya dah boleh berhenti bila kira DSR tadi... tapi saya layan juga cerita dia sebab hari ini mood baik...

p/s:

tidak buat qualifying akan membuang masa... ini antara sebab kenapa tuan rumah yang jual sendiri, dan terima walau RM1,000 booking, akhirnya selepas berbulan-bulan tunggu masih tidak berjalan transaksi, malah S&P pun tidak sign... hanya sebab hendak berjimat kos ejen, mereka rugi lebih banyak...

Wednesday 22 January 2014

Punca kita selalu bergaduh dengan pasangan..



First perkenalan lelaki dan perempuan .. lelaki itu cakap dia nak jadi sebahagian dari hidup awak mengisi kekosongan hati awak .. perempuan itu pun bercakap cukuplah kita hanya sekar berkawan rapat ..
lelaki tu cakap ok ... kita kawan rapat... jika kita nak tahu satu fakta lelaki mana la kawan rapat dengan perempuan.. tengok sebulan lepas itu mesti dah jadi pasangan .. majoriti semua pasangan jadi begini..
mula-mula bercinta mesti perasaan tengah fall in love masing-masing jika cemburu itu masing-masing tahu itu tanda dia sayang kita.. kadang perempuan pun sengaja buat merajuk untuk si lelaki pujuk.. dan kadang-kadang lelaki pun begitu.. ini di awal percintaan semuanya tak apa.. gaduh cikit its ok..

bila dah lama cikit punya kita gaduh sebab utama adalah cemburu... tipu kalau kita cakap pasangan mana tak cemburu ... yang membezakan ialah sabar.. dan bagaimana mereka kawal cemburu itu .. lelaki cemburu tgk perempuan ini rapat dengan lelaki lain .. dengan alasan itu kawan baik saya .. selalunya perempuan memang macam ini .. Bagi lelaki semua ini mustahak juga sebab dia tahu perempuan mudah jatuh hati dan kadang-kadang pendirian tak tetap.. lelaki risau tentang majoriti .. kadang-kadang benda inilah selalu jadi bahan gaduh dalam setiap pasangan ..

perempuan sifat sayangnya tetap jika dia dah mula sayang an seseorang dia sayang terus dan bila ia hilang .. memang terus hilang .. kadang-kadang punca gaduh juga bersifat dari sifat lelaki iaitu ego .. bila dalam gaduh lelaki susah nak mengaku dia salah .. ada jea benda yang dia nak persalahkan .. dan bila dah mengaku kadang-kadang perempuan sifat dia sukar nak mempercayai .. inilah selalu berlaku dan kesnya bergaduh la berpanjangan .. nasib sifat lelaki pandai pujuk..ada pasangnya ada surutnya..

punca yang seterusnya ialah pentingkan diri dan orang lain.. makan hati la pasangan masing-masing jika kita tak ambil peduli dan hanya pentingkan diri .. setiap apa yang dia uat untuk kita .. kita tak pernah hargai dia... terasa hati la juga dia .. kadang-kadang benda ini boleh jadi gaduh sebab si dia merajuk dan dia akan ungkitan yang bakal dia bangkitkan uat kita pertahankan diri sebab dah pentingkan diri an .. gaduh la jawabnya..

bergaduh sebab orang ketiga .. punca ini sebab diri sendiri .. tak pandai jaga hati sendiri tak pandai memilih, kenapa perlu pilih playboy or playgirl ... an dah rasa orang ketiga datang.. cari lah orang yang betul sayang an kita comfirm tak kan merasa benda ini ...

punca seterusnya memepercayai orang lain iaitu khabar angin.. gossip fitnah .. semua ni jadi dekat artis .. tanya la artis napea diowg bergaduh kerap sangat sebab ini semua gossip.. fitnah itu bahaya.. kadang-kadang kawan sendiri sebarkan benda ini .. manusia ada juga sifat dengkinya sebab terpengaruh dengan syaitan ... jadinya gaduh laa ...

kadang-kadang setiap pasangan itu perlu lah mempercayai pasangan masing-masing sebab ini penting .. kalau tak percaya ada jeabenda kita tak puas hati dan jadinya gaduh .. dan si dia pun cakap awak tak pernah mempercayai saya tak kea gaduh lagi ... saling percaya itu perlu ada..

jujur itu juga penting jangan lah merahsia or menipu pasangan masing-masing buruk padahnya sekali bocor walaupun benda itu kecil memang bye-bye ..

kesimpulannya couple itu haram .. cari jalan yang baik dan halal untuk mendapat cinta yang diredhai ...
sebab apa setiap pasangan itu selalu bergaduh semua sebab syaitan kerana perhubungan itu tak pernah diredhai dan direstui .. perhubungan yang haram ...

Tuesday 21 January 2014

Bicara tentang jodoh



Jodoh itu rahsia Allah .. kita tak akan tahu masa depan kita dan siapa jodoh kita .. Kita hanya mampu merancang dan dan berdoa agar kita dijodohkan dengan si dia .. namum disebalik Allah menguji kita dengan banyak ujian agar kita bersabar, adakah kita mampu menghadapinya, dan adakah kita sanggup menerima ujian Allah ini.. Allah tak pernah menguji hambanya jika hambanya tak mampu .. setiap ujian perlu ditempuhi yang selalu menolong kita adalah syaitan dan manusia selalu mengikuti syaitan.. yakni manusia yang tidak kuat dan lemah imannya..

Kembali bicara tentang jodoh.. kenapa perlu dikaitkan dengan ujian dan syaitan ..semua ini saling berkait jika taknak ujian lebih baik kau gali kubur sendiri dan masuk sendiri duduk dalam neraka.. dan syaitan ini sifatnya xboleh lihat manusia senang, bahagia, dan dekat dengan Allah .. manusia yang seperti ini ianya samalah seperti syaitan..

ada orang yang kenal lama dan berkawan lama tiba-tiba diowang ada jodoh Allamdulillah bahagia disatukan..

ada orang bercinta bertahun-tahun lamanya dengan kuasa Allah .. Allah lebih memahami hambanya mereka tak dijodohkan .. Jodoh mereka dengan orang lain .. Alhamdulillah mereka bahagia..

ada orang sebelum ini malu hendak bercakap bila berjumpa hanya senyum.. bercakap bila perlu.. masing malu hendak berjumpa.. Rahsia Allah itu adalah jodoh mereka .. Allahamdulillah mereka bahagia..

ada orang tak pernah berjumpa dan tak pernah kenal satu sama lain.. contoh seorang di Afrika dan seorang di Malaysia.. tiba-tiba terjumpa hanya terlanggar bahu terus berkenan dan itu jodoh mereka esok tu terus menikah.. Alhamdulillah bahagia..

ada orang hari-hari bergaduh tak pernah berbaik tiba-tiba mereka disatukan dengan jodoh Allah .. Alhamdulillah bahagia..

ada orang kenal dengan si dia .. lepas tu kenal rapat dengan si dia dan terpisah  berhenti dari perkenalan.. jumpa tak pernah bersapa .. tapi Rahsia Allah mereka ada jodoh.. Alhamdulillah bahagia..

takdir Allah begitu indah Allah adalah segala perancang, dan rancangannya adalah terbaik untuk hambanya..
kadang-kadang kita akan tertanya kenapa kita bertemu dengan dia jawapannya itulah takdir Allah yang indah bersyukurlah atas nikmat Allah .. apa yang kita rancang kita hanya mampu berdoa dan tawakal.. Bersabarlah wahai manusia atas ujian yang datang kepadamu kerana setiap ujian itu datang dari Allah utk hambanya yang tersayang.. dan kuatkanlah Iman kerana lemahnya iman kamu syaitan itu sangat suka.. sukakah kamu berkawan dengan syaitan ... jangan ia mengajak kamu ke neraka..