Wednesday 2 October 2013

Pengamal ilmu Orang Minyak


Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa 'syarat dan pantang' bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Mohd. Adzhar Abd. Latif
berkata, perkara itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana kes membabitkan orang minyak di negara ini dianggap sebagai terpencil.
"Ia berdasarkan apa yang diceritakan dan diberitahu oleh 'orang dulu-dulu'. Pengamal ilmu orang minyak ini perlulah merogol 99 perempuan yang masih dara sebagai syarat untuk mendapatkan apa yang dihajati.

"Bagaimanapun, kebenarannya masih tidak dapat dipastikan. Adakah benar pengamal ilmu orang minyak ini akan mendapat apa yang mereka hajatkan itu atau hanya sekadar mitos dan legenda semata-mata tetapi ia tidak boleh diabaikan begitu sahaja kerana membabitkan keselamatan orang ramai terutamanya anak dara," katanya kepada di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan penduduk pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak di sini yang berjaya menangkap lelaki warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam 'orang minyak'.
Mohd. Adzhar tidak menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam tersebut tetapi percaya penglibatan rakyat tempatan adalah minimum.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan wujud segelintir pihak yang mengamalkan ilmu hitam di negara ini kerana kita ada mendengar kes pukau yang banyak berlaku kebelakangan ini.
"Kes orang minyak ini pula jarang sekali berlaku dan kewujudannya perlulah dikaji semula. Saya tidak menolak kemungkinan wujud pengamal ilmu hitam tersebut tetapi kita perlu memastikan kewujudannya terlebih dahulu.

"Saya juga percaya rakyat tempatan yang terlibat dengan pengamalan ilmu hitam sangat sedikit kerana berdasarkan statistik kes-kes membabitkan ilmu hitam seperti pukau dan sebagainya, ia memihak kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan Afrika," jelasnya.
Menurut Mohd. Adzhar, bagi penganut agama Islam, perkara seumpamanya perlu dihindarkan kerana ia hanya memesongkan akidah dan menyebabkan berlakunya perbuatan syirik.
"Sebagai umat Islam, kita tidak sepatutnya mengamal atau mempercayai ilmu hitam ini. Ia merupakan perbuatan yang salah di sisi agama," ujarnya.

-Kes ni pernah berlaku di banyak tempat suatu ketika dahulu dan aku yakin akan berlaku lagi. Berhati-hati semua..

Sunday 25 August 2013

Friday 23 August 2013

Soalan terakhir Albert Einstein

                                                  

Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu,maybe soalan ini soalan dia terahir maybe bukan, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!



Ini merupakan soalan tersebut :-


~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.






SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??



Antara petunjuk yang di beri :



1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.



SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN
                                                  ??

                                                  


Friday 16 August 2013

aku tak rajin sebab malas



aku tak rajin sebab apa.. sebab aku malas .. memang semua orang malas. nak bangun pun malas nak mandi pun malas .. nak makan pun malas nak gerak mana2 pun malas .. inikan nak study lagi la malas.. tak yah suruh buka buku itu lagi n lagi malas dah sebab tak rajin . itulah manusia sebab itu manusia mengejar kekayaan sebab manusia itu malas .. ada permainan di situ untuk melekakan manusia. ujian yang diberi ada persoalan dan jawapannya. disini bukan nak cerita malas dan segala malas apa pun .. disini hanya nak cerita malas nak update blog jea. entah kenapa tiba-tiba dan baru-baru ini malas sangat nak update blog. bukan malas nak berkongsi cerita, informasi, fakta dan penkongsian menarik tetapi malas nak on laptop dan buka internet ..



Kadang-kadang terasa seperti menulis sendirian seperti berada di dalam gelap dan menaip tanpa sebarang cahaya mahupun cahaya laptop dan hasilnya nothing. sebab laptop lupa on . itulah sebabnya malas nak update blog dan malas nak post benda ini dan terasa ianya bodoh..



ingatlah jika nak kejayaan yang besar.. besarlah pengorbanan dan  usaha yang perlu dilakukan dan besarlah ujian yang akan datang. ingat sewaktu bayi berapa bulan anda menyulur, berapa bulan anda merangkak, dan berapa bulan anda belajar untuk berjalan, dan berapa lama anda cuba untuk berlari sehingga sekarang anda mengecapi kejayaan yang anda usaha itu. sehingga sekarang anda berjaya apa yang telah anda korbankan itu.



yang comel itu bayi, yang cantik itu bini atau isteri anda ataupun kawan anda dan yang handsome itu laki anda atau suami anda ataupun kawan anda. jadilah diri anda lebih comel dari bayi lebih cantik dari orang dan handsome dari orang kerana kecantikkan itu datang dari attitude anda.


..............


.

Wednesday 31 July 2013

Gempar, Kerjaya menembak di Malaysia semakin mendapat sambutan




kerjaya menembak semakin mendapat sambutan hangat di Malaysia. Tidak kira dari mana datangnya background pemilik pistos ini yang penting mereka sudah mulakan kerjaya mereka dengan menembak. siapa yang benarkan. itu tertulis di kertas hitam. Malaysia negara yang aman hari-hari kita akan dengar kes menembak berlaku di malaysia tak kira di mana daerah sekalipun. di paper jika diselak mesti jenayah menembak menghiasi ruangan akhbar. ada yang sanggup menembak ibu sendiri kerana kerana takut ibunya membocor rahsia tentang pengedaran dadah yang dilakukan anaknya kepada polis. berita ini tak masuk dalam akhbar harian. Tengok bagaimana wartwan Malaysia melakukan kerja. Mereka pun pandai copyPaste dan hanya bergantung khabar yang dibawa angin, ada setengah berita dirahsiakan. ada yang wartawan terlepas pandang. jangan risau Malaysia aman

Embedded image permalink 
        

Parah Di Tembak Lelaki Berkain Pelikat | Nampaknya kes tembak lari semakin menjadi-jadi di Malaysia sekarang. Terbaru dalam kejadian di Kelantan, seorang lelaki maut apabila ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki dari jarak dekat.
 
Embedded image permalink

 

Sepi diri tanpa orang yang kita sayang

Cute Baby - babies Photo

Saat waktu sunyi datang tanpa diduga saat itulah segala fikiran merancau dan terasa diri delanda sepi dan keseorangan. Sunyi tatkala mengingatkan seseorang yang pernah kita sayang meninggalkan kita.. sunyi tatkala teringat sseorang secara tiba-tiba.. dan pada saat ini kita keseorangan hanya melihat bulan dan bintang di langit yang terbentang luas.. Bila kita lihat bulan kita akan terfikir bagaimana jika tiada bintang disisi bulan mesti saat itu bulan akan rasa sunyi dan manusia yang melihatnya juga kelihatan sepi memandang bulan. tatkala bulan mengambang ditemani kicauan burung dan kekacaun bunyi anjing dan serigala mesti diri akan terfikir rasa seram sejuk mekikirkan ke arah yang berlainan. Kadang-kadant pada saat itu kita akan berlari sekuat hati dengan sendirian. Seperti dikejar masa dan bayang.

Sunyinya diri ini tanpa orang yang kita sayang. Itulah yang selalu bermain di fikiran jika keseorangan. Kadang-kadang mengingatkan kenangan dengan orang yang kita sayang atau pernah sayang seorang diri. Mulut cakap dekat hati aku merinduindia.. hati mejawab aku menyangi dia tapi diri ini tak mampu berbuat apa2 jika itu takdirnya. Namun kita tak tahu takdir kita bagaimana .. kita sendiri yang perlu jalaninya . Adakah jalanya berliku.. adakah jalannya lurus.. atau jalannya u-turn.
Kadang-kadang kita fikir dan kita tekad kita akan dapatnya kembali.. menunggu dia.. merindui dia tapi semua itu dia tidak tahu.. dia seolah menyakiti kita tanpa dia sedar kerana dia ingat kita OK kerana dia ingat kita ni bahagia tapi sebaliknya..

Bila keseorangan berbagai diri ini akan fikir banyaknya fikiran negatif berbanding positif.. cuba untuk mengungkapkan sesuatu padanya yang lama pendam tapi seperti  tidak diizinkan. Semua ini terpisah dek kerana waktu .. setelah lama waktu berputar bulan meningatkan kembali tentang kita.. adakah sekian lama ini dia rindu seperti kita rindu dia.. dia masih sayang kita seperti kita sayang dia.. semua persoalan ini seperti ditulis di atas kertas hitam.. bagaimana jika burung terbang dwngan sebelah syapnya patah.. mungkn ia tak mampu terbang sehingga sayapnya sembuh..

Monday 29 July 2013

top ranking universiti terbaik di Malaysia 2013

Senarai top ranking universiti terbaik di Malaysia 2013. Kajian ini adalah berdasarkan ranking universiti di seluruh asia sahaja oleh QS Universiti Ranking. Jika ranking di asia, Universiti Malaya (UM) masih lagi memegang gelaran universiti paling terbaik di Malaysia.

QS Rank
          School Name
Country
QS Stars Rating
Overall
35
1. Universiti Malaya (UM)
Malaysia
71.40
58
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Malaysia
59.69
74
3. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Malaysia
52.53
76
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
Malaysia
52.42
151- 160
5. International Islamic University Malaysia (IIUM)
Malaysia
35.53
161- 170
6. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Malaysia
33.69
191- 200
7. Multimedia University (MMU)
Malaysia
28.47
201- 250
8. Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
Malaysia
25.64
201- 250
9. Universiti Teknologi MARA – UiTM
Malaysia
23.30





251- 300
10. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM)
Malaysia
22.26
251- 300
11. Limkokwing University of Creative Technology
Malaysia
21.89
251- 300
12. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Malaysia
19.30





301+
13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Malaysia

16.83
301+
14. University of Malaysia Sabah (UMS)
Malaysia
11.45
301+
15. Malaysia University of Science and Technology (MUST)
Malaysia
5.91
301+
16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Malaysia
13.45
301+
17. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Malaysia
15.80





301+
18. Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Malaysia
8.84
N/A
19. Universiti Malaysia Pahang
Malaysia
0.00
N/A
20. University Malaysia Perlis (UniMAP)
Malaysia
0.00