Monday 10 February 2014

Dear lelaki


dear lelaki jika nak dapatkan seorang perempuan kau kena berani sebab perempuan suka lelaki berani .. biar la dia cakap camna pun sebenarnya dia akan lebih tertarik kepada lelaki yg gentleman.

dear lelaki perempuan lelaki ni selalu amik berat tentang amik tahu tentang dia ...jika ini yang selalu lelaki amik tahu comfirm perempuan takkan tinggalkan lelaki.

dear lelaki jika perempuan itu melepaskan airmata untuk kau .. untunglah kau dan bersyukur .. kerana itu yg dia ada iaitu kau .. jaga la mereka..

Dear Lelaki, Sayangi perempuan seperti sahabatmu. Lindungilah perempuan seperti adikmu. Dan,kamu hormatilah perempuan seperti seorang ibu 

dear lelaki Bila perempuan cakap "Tak ada apa², lupakan". Lebih baik awak sedar kesalahan yang awak dah buat, awak mungkin buat dia terluka.

dear lelaki jangan selalu tabur janji kerana perempuan mudah percaya ..saat kau seorang lelaki ingkar janji mereka sedikit demi sedikit mereka akan terluka .. tak ke sakit...

dear lelaki jika nak bercinta hanya untuk mainkan perasaan atau sebagai mainan .. lebih baik g pasar malam beli mainan murah-murah jea kat situ .. boleh puaskan hati ..

dear lelaki tak salah kalau kau turunkan ego demi orang yg kau sayang. Tak hilang lah macho kau tu kalau turunkan ego kau."

Dear lelaki , perempuan nak jadi satu-satunya perempuan dalam hidup awak , bukannya salah satu daripada perempuan yg ada dalam hidup awak.

dear lelaki Kalau awak nak buat perempuan gembira, awak kena beri dia 3 perkara : Perhatian awak, Kasih sayang awak dan Hargai dia :')

dear lelaki ini adalah tugas kau untuk membimbing kaum hawa ke jalan yang benar .. bukan ke jalan yg salah mereka lemah .. biarpun perempuan tu seorang polis dia tetap lemah ..

dear lelaki jika benar-benar suka akan dia.. terulah nikahi dia .. 

dear lelaki sayanglah sepertimana perempuan sayang kau..

Dear lelaki kalau niat awak betul baik nk kahwininya secara sah. Kumpul lah duit dr skrg. Hantaran makin lama makin mahal tahu tak..

Friday 7 February 2014

kesilapan pembeli dan penjual rumah atau hartanah



nak beli rumah atau hartanah itu lebih baik pakai agent .. JANGAN sesekali berurusan dengan tuan rumah itu sendiri, ini salah, sebab nanti semua hal anda akan urus sendiri, tak percaya try ... samalah dengan tuan rumah, jgn jual terus dengan pembeli .. lebih baik bagi agent tlg jualkan .. jangan salahkan sesiapa jika ada masalah tak bayar .. loan sangkut ... or sebagainya ... nak elak kos agent tapi tanggung kerugian yang bnyak .. ini salah satu ceritanya:

hari ini ada satu buyer call hendak beli rumah RM320K dan hendak tengok rumah hari ini... 

macam biasa, saya akan buat qualifying exercise melalui telefon...

gaji bersih OK RM4,100... tapi bila sebut pasal komitmen bulanan: personal loan RM1,300... minimum payment kad kredit RM100... tiga loan kereta RM1,600... semuanya RM3,000... belum campur kalau loan rumah yang ingin dibeli RM1,450...

total semua RM4,450 (komitmen bulanan) > RM4,100 (gaji bersih)...

dia cadang hendak bantu guna dua nama... tapi gaji bersih saudaranya RM1,700 sahaja tidak membantu langsung ditambah ada komitmen lain...

katanya dua kereta yang dibeli atas perniagaan kereta sewa dengan kawan... saya tanya, loan nama siapa? katanya nama dia... company nama siapa? company nama kawan... dia pajak keretanya kepada kawan yang buat kereta sewa, siap dengan agreement... dia ingat side income dia akan membantu...

saya terang pada dia, buat pajakan kereta untuk tujuan komersil sudah salah... loan atas nama dia, walau siapa bayar pun tidak penting, liability atas yang punya nama... company pun bukan company sendiri...

tanya berapa cash (saving) ada? adalah RM4,000... nak bayar 3.5% booking pun tidak lepas... dia kata dia ada EPF akaun 2 hendak dikeluarkan kalau boleh buat special arrangement... saya tanya berapa ada? katanya RM20K... alahai... 10% dah RM32,000 belum kos legal dan stamp duty... yang dia ada RM4,000 + RM20,000...

sebenarnya saya dah boleh berhenti bila kira DSR tadi... tapi saya layan juga cerita dia sebab hari ini mood baik...

p/s:

tidak buat qualifying akan membuang masa... ini antara sebab kenapa tuan rumah yang jual sendiri, dan terima walau RM1,000 booking, akhirnya selepas berbulan-bulan tunggu masih tidak berjalan transaksi, malah S&P pun tidak sign... hanya sebab hendak berjimat kos ejen, mereka rugi lebih banyak...